Latihan mendapatkan keterangan dan bukti perlu dipertingkat dalam kalangan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seiring kecanggihan teknologi masa kini.
Itu menjadi antara fokus Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Koya yang komited memastikan bahawa agensi itu bukan sahaja mampu membuat tangkapan, tetapi juga melakukan pendakwaan yang efektif.
"Kita ingin memberi latihan yang lebih baik, cara-cara untuk mendapatkan keterangan dan bukti, kerana sekarang adalah zaman sangat sofistikated, kita ada teknologi dan sebagainya.
"Kita kena beralih daripada cara dahulu (mengambil) keterangan dengan cara keras, dan sebagainya (seperti) untuk menggerunkan mana-mana saksi.
"Kita (ada di zaman) sistem pintar berkomputer dan internet serta sebagainya. Kita perlu mendapatkan keterangan dan bukti supaya mereka (suspek) tidak ada pilihan lain tetapi untuk mengaku.
"Itu adalah salah satu perkara yang kita boleh gunakan untuk peringkat operasi. Dan saya harap, dari segi itu, iaitu daripada aduan ke operasi, kita boleh dapat satu pendakwaan yang sangat efektif dan bukan semata-mata kita boleh buat tangkapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual secara langsung oleh Ketua Seksyen Penerbitan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Norizan Abu Samah menerusi MACC.fm hari ini.
Beliau pada masa sama menafikan pandangan sesetengah pihak bahawa SPRM gagal untuk mengemukakan pendakwaan walaupun banyak kertas siasatan dibuka.
Latheefa berkata, pelbagai verifikasi maklumat perlu dilakukan sebelum sebarang kertas siasatan dibuka, sehinggalah memastikan kertas siasatan lengkap dan kukuh untuk pendakwaan.
"Hanya siasatan yang lengkap sahaja akan dibawa ke pendakwaan dan bukan semua aduan yang diterima akan terus dibuka kertas siasatan untuk pendakwaan.
"Mungkin ia (sesuatu kes) diperingkat separuh siasatan atau tiada bukti mencukupi untuk pendakwaan," jelasnya.
Semalam, genap sebulan individu berlatar belakang peguam itu menjadi wanita pertama menerajui agensi tersebut.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jul 05 2019
Latheefa ketika ditemubual secara langsung oleh Ketua Seksyen Penerbitan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Norizan Abu Samah menerusi MACC.fm hari ini. Foto SPRM
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Bukan hanya tangkap, tapi pendakwaan yang efektif - Latheefa
Latheefa Koya komited untuk memastikan bahawa agensi itu bukan sahaja mampu membuat tangkapan, tetapi juga melakukan pendakwaan yang efektif.