Buat julung kalinya, dua serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, dipamerkan kepada orang ramai di pusat membeli-belah Publika di sini pada Ahad
Dua serpihan iaitu kelepak dan sayap berkenaan dipamerkan sempena ulang tahun kelima Memperingati MH370 selepas kehilangan tragis pesawat itu dari skrin radar, lima tahun yang lalu.
Sehingga sekarang, hanya tiga serpihan sayap yang dikenali sebagai flaperon, telah disahkan milik pesawat Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri dari skrin radar, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 yang membawa 239 penumpang.
Walaupun pertama kali dua serpihan itu dipamerkan, sebahagian anggota keluarga mangsa tragedi itu ketika ditemui Bernama, kurang senang melihatnya kerana mereka percaya, operasi pencarian sebelum ini, seharusnya menemui lebih banyak atau serpihan yang lebih besar.
BACA: Muhammad sayang dan rindu Papa...
BACA: MH370: Kakak lega nama Kapten Zaharie dibersihkan
Seorang anggota keluarga nahas itu, Jacquita Gonzales, 56, berkata walaupun beliau gembira melihat dua serpihan itu, tetapi beliau percaya, pencarian tersebut mesti diteruskan kerana pesawat itu masih berada di luar sana.
"Kita tidak tahu di mana pesawat itu. Kita harus teruskan pencarian. Kita berharap kerajaan akan teruskan operasi mencari, atas dasar 'tidak jumpa, tiada bayaran' (no cure no fee basis) jadi entiti pencarian bebas boleh memulakan usaha mereka terutama oleh Ocean Infinity Limited (syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat) ," kata Jacquita, yang suaminya Patrick Gomes adalah penyelia Penerbangan MH370.
Sementara itu anggota keluarga lain, Norazlinda Ayub, 44, berkata ini adalah kali pertama beliau melihat serpihan itu dan sedikit terkejut kerana serpihan itu agak besar daripada apa yang beliau bayangkan.
"Seharusnya lebih banyak serpihan ditemui di luar sana. Saya berharap operasi mencari diteruskan," katanya yang merupakan isteri kepada seorang penumpang, Junaidi Mohd Nasir.
Seorang lagi anggota keluarga, KS Narandran berkata kerajaan harus teruskan operasi mencari dan lihat kepada bukti yang boleh dipercayai untuk mencari jet penumpang Boeing 777 itu.
"Selepas lima tahun, pesawat itu masih belum lagi ditemui. Kita hanya menemui serpihan dari seluruh dunia. Sukar bagi saya untuk melupakannya.
"Kami tidak tahu tentang keupayaan kerajaan (untuk teruskan operasi ini) tetapi saya tahu mereka mempunyai tanggungjawab. Ia amat mengecewakan semua orang," kata suami kepada Chandrika Sharma, seorang daripada lima penumpang warganegara India yang hilang dalam tragedi itu.
Sementara itu, Jiang Hui, yang ibunya Jiang Cuiyun, antara mangsa pesawat malang tersebut, telah mewujudkan laman web; MH370.com.cn dan www.malaysiaairlines.club untuk menggalakkan operasi mencari, siasatan, mengumpul maklumat dan berhubung dengan waris mangsa di seluruh dunia.
Misi pencarian di laut dalam digerakkan hampir tiga tahun bagi mengesan pesawat itu di Lautan Hindi, meliputi kawasan seluas 120,000 km persegi melibatkan pasukan dari Australia, China dan Malaysia, namun menemui jalan buntu.
Dilaporkan 27 serpihan pesawat ditemui dari pelbagai tempat seluruh dunia, namun hanya tiga serpihan sayap yang dikenali sebagai flaperon yang terdampar di pantai Lautan Hindi disahkan dari pesawat MH370.
Pada 29 Mei tahun lepas, syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang melancarkan operasi mencari MH370 yang terakhir di Lautan Hindi, menghentikan operasi itu selepas gagal menemui sebarang serpihan berkaitan pesawat itu.
Pada Julai 2018, Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 dalam laporan setebal 449 halaman menyimpulkan bahawa mereka gagal mengesahkan punca utama kejadian, namun tidak menolak kemungkinan 'gangguan yang menyalahi undang-undang' oleh pihak ketiga membawa kepada kehilangan pesawat berkenaan.
Pada 30 Nov tahun lepas, lima serpihan yang dipercayai bahagian-bahagian tertentu daripada pesawat MH370, yang ditemui di tiga lokasi di Madagascar, diserahkan kepada kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2019
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook melihat serpihan sayap bangkai pesawat MH370 yang dipamerkan sempena Majlis Memperingati Tragedi MH370 di ruang legar Publika pada Ahad. - Foto Bernama
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar koleh vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Azizan dilantik Pengerusi baharu LTAT, Mohammad Ashraf sebagai Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengumumkan pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif.
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Jentayu dapat kelulusan ambil alih aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar
Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.
LTAT umum pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
BMI unjur harga minyak brent AS$85 setong 2024, AS$82 2025
BMI mengekalkan unjuran semasa harga minyak mentah Brent pada purata US$85 setong bagi 2024, tetapi menyemak semula unjuran bagi 2025 dengan menurunkannya kepada US$82 setong daripada US$84 setong sebelumnya.
SC tingkat standard tatalaku pengantara pasaran modal
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan) yang disemak.
Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan
Lai berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan.
Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing
Pilihan raya tersebut menyusul ketika Beijing meningkatkan tekanan untuk mendapatkan pulau itu menerima kedaulatannya.
Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda
Kawasan perbandaran Beijing mengalami lebih banyak salji pada Khamis dengan gelombang sejuk dijangka melanda ibu negara China itu pada Jumaat.
33 maut hujan paling lebat landa Beijing
Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut. 18 orang lagi mangsa masih hilang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan
Beberapa siri pertemuan dengan wakil kerajaan berpangkat tinggi dirancang sebelum Blinken berlepas pada Isnin.
Gelombang panas landa beijing, suhu cecah 39 darjah Celsius
Bandar raya Beijing mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan suhu tinggi diramal mencecah 39 darjah Celsius pada Jumaat, menurut pihak berkuasa cuaca tempatan.
Diplomat kanan China, AS bincang tingkatkan hubungan dua hala
Perbincangan itu diadakan di Beijing pada 5 Jun, lapor Sputnik yang memetik Kementerian Luar China pada Selasa.
Presiden Xi mahu Beijing terajui bidang sains dan teknologi
China komited meneruskan strategi keterbukaan serta sedia berganding tangan dengan semua untuk mempromosi inovasi sains dan teknologi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.