Seorang murid 12 tahun parah manakala pemandu bot cedera apabila bot dinaiki mereka terbalik di Pangkor Village, Pulau Pangkor.

Ketika kejadian, 15 individu termasuk seorang jurumudi berusia 27 tahun dipercayai dalam perjalanan ke Pasir Bogak.

Seramai 15 pelajar dan guru pengiring berjaya diselamatkan apabila bot yang mereka naiki terbalik ketika menghampiri pantai Pasir Bogak di Pulau Pangkor hari ini.

Bot berkenaan dari arah Teluk Nipah dipercayai terbalik akibat ombak kuat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor memaklumkan menerima pihaknya menerima panggilan sekitar 5.31 petang mengenai kejadian.

Sebahagian besar mangsa diselamatkan orang awam dan penyelamat pantai.

Difahamkan, kesemua penumpang berkenaan merupakan antara 59 orang yang menjalankan aktiviti di Pulau Giam dan menaiki empat bot berasingan ke Pantai Pasir Bogak sebelum insiden berlaku.

Mangsa cedera kini menerima rawatan di Hospital Seri Manjung (HSM) untuk mendapatkan rawatan.