Sebagai negara demokrasi, pemilihan Datuk Bandar wajar dilaksanakan menerusi pilihan raya, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Jelasnya, berdasarkan peringkat dalam kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) berada pada tangga ketiga.
“Pertama kerajaan, kedua negeri manakala ketiga PBT.
"Sudah tiba masanya kita mengamalkan demokrasi di peringkat PBT. Cuma saya nak tekankan sebab dulu mereka kata local government election (Pilihan raya Kerajaan Tempatan) tetapi di peringkat majlis. Saya nak cakap di peringkat ketuanya, Yang Dipertua ataupun Datuk Bandar,” ujarmya kepada Astro AWANI.
Ahli Parlimen Ampang itu juga membayangkan, sekiranya Pilihan Raya Datuk Bandar itu direalisasikan, ia akan menjadi satu perkara yang menarik.
“Buat pertama kali nya, bila dapat memilih pemimpin untuk jadi Datuk Bandar yang datangnya dari kawasan dia.
Saya percaya orang macam ini (orang yang dipilih) mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Dari kawasan dia, sudah tentu dia nak kawasan dia cantik dan sebagainya. Saya rasa ia akan lebih berkesan,” tambahnya lagi.
Justeru Zuraida berkata, bagi merealisasikan cadangan tersebut, beliau akan menyediakan kertas kerja dan dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
“Insya-Allah selepas saya menyelesaikan perkara utama, saya akan tumpukan kepada cadangan Pilihan Raya Datuk Bandar," katanya.
Untuk rekod, pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau 'pilihan raya kerajaan tempatan' pernah diadakan di Malaysia bagi memilih ahli jawatankuasa di peringkat daerah sebelum tahun 1964.
Bagaimanapun, sistem pilihan raya ini dimansuhkan bagi mempercepatkan proses pembangunan.
Pada 1 November 2006, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pernah mencadangkan di parlimen agar pilihan raya kerajaan tempatan ini diadakan semula.
Jika diluluskan, pilihan raya PBT hendaklah diadakan di seluruh Malaysia, sama ada secara serentak atau berperingkat .
Khairunnisa Kasnoon
Wed May 23 2018
Sebagai negara demokrasi, pemilihan Datuk Bandar wajar dilaksanakan menerusi pilihan raya - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin . Foto: Facebook/@ZuraidaKamaruddinP.99
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
PBM maklum hasrat Zuraida sertai parti - Naib Presiden
Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengesahkan Pejabat Setiausaha Agungnya menerima maklum hasrat Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai parti itu.
Jawatan Zuraida sebagai MPT Bersatu tergugur serta-merta - Hamzah
Jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tergugur dengan serta-merta selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini.
Zuraida Kamaruddin letak jawatan menteri, umum tinggalkan Bersatu sertai PBM
Zuraida turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Banjir di sekitar Ampang Jaya dipercayai akibat projek lebuh raya - Zuraida
Banjir kilat susulan hujan lebat di sekitar Ampang Jaya semalam dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan lebuh raya di kawasan berhampiran.
'Saya dah boleh ke Sarawak, saya seorang menteri sekarang' - Zuraida
Selepas lebih setahun dihalang memasuki bumi Kenyalang, kini Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sudah boleh masuk ke Sarawak atas kapasiti seorang menteri.
Biar rakyat yang pilih Datuk Bandar - Zuraida
Sudah tiba masanya kita mengamalkan demokrasi di peringkat PBT. Cuma saya nak tekankan sebab dulu mereka kata local government election (Pilihan raya Kerajaan Tempatan) tapi diperingkat Majlis
Zuraida saman Jamal, dakwa keluar kenyataan fitnah berhubung insiden pukul
Zuraida mendakwa pada 13 Nov lepas, Jamal telah mengeluarkan perkataan fitnah mengaitkannya terlibat dalam insiden beliau dipukul dan ditumbuk.
Dakwaan rasuah: Ismail Kijo macam 'pondan', suka cakap belakang - Zuraida
Ia berikutan Ismail didakwa hanya pandai cakap belakang dan tidak berani bersemuka dengannya bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.
Zuraida dan pengikut buat laporan polis terhadap Jamal
Turut membuat laporan ialah Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang mendakwa Datuk Seri Jamal dan pengikut membuat kekacauan di kediamannya.