RAKYAT Malaysia yang dikasihi sekalian,
Dalam beberapa hari lagi, semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia bakal menyambut ketibaan
Syawal.
Kebiasaannya di negara kita menjelang perayaan Aidilfitri, bukan sahaja umat Islam malah
seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama akan berkongsi keterujaan.
Teruja untuk pulang ke kampung, teruja untuk menziarahi ahli keluarga dan sahabat handai, teruja untuk menghadiri rumah terbuka serta teruja untuk melakukan pelbagai lagi aktiviti di bulan Syawal.
Bagaimanapun, ekoran penularan wabak Covid-19, sambutan Syawal tahun ini berbeza. Kita tidak
dibenarkan merentas negeri bagi pulang ke kampung halaman masing-masing.
Kita tidak digalakkan mengunjungi rumah ahli keluarga dan sahabat handai. Kita tidak disarankan pergi ke pasaraya bagi membeli kelengkapan Aidilfitri.
Malah, hanya sebahagian kecil dibenarkan menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid dan surau.
Saya faham, situasi ini menimbulkan perasaan bercampur baur.
Sedih, kerana sambutan Aidilfitri tahun ini disambut secara ala kadar sahaja. Kecewa, kerana terpaksa menyambut ketibaan syawal jauh dari insan tersayang.
Pada masa yang sama, bimbang, sambutan Aidilfitri menyebabkan bilangan kes Covid-19 di negara kita kembali meningkat secara mendadak.
Percayalah, saya juga mengalami perasaan yang sama. Namun, seperti saya nyatakan dalam
penulisan saya sebelum ini, saya percaya bahawa kita semua merupakan rakyat Malaysia yang cekal
dan tabah.
Sebahagian besar kita telah buktikannya selama hampir dua bulan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana kita
berupaya patuhi setiap ketetapan Kerajaan secara berhemah.
Sebab itu, saya berharap agar kita semua terus bersabar dan kuat semangat untuk patuhi arahan Kerajaan sempena ketibaan Syawal kali ini.
Ingatlah, pengorbanan kita ini penting serta berupaya menjamin keselamatan dan kesejahteraan diri kita sendiri, anak, cucu dan cicit kita. Buat masa ini, pilihan yang kita ada adalah meraikan Syawal dengan cara yang selari dengan normal baharu.
Walaupun ia mungkin tidak semeriah rutin sambutan seperti tahun-tahun sebelum ini, namun
setidak-tidaknya kita masih berpeluang berkongsi kegembiraan di pagi raya nanti dengan insan
tersayang, cuma kaedahnya sahaja sedikit berbeza.
Jika sebelum ini kita beramai-ramai ke masjid dan surau, kali ini kita boleh menunaikan solat sunat Aidilfitiri secara berjemaah di rumah masing-masing.
Jika sebelum ini kita bersalaman dan bermaafan secara bersua muka, kali ini kita masih boleh melakukannya melalui perbualan telefon. Justeru, pagi raya nanti, jalan lupa call ibu bapa di kampung. Lagi meriah, kalau bersembang, bersua muka dan bertentang mata melalui video call.
InsyaAllah, semua amalan normal baharu ini akan tetap mengeratkan silaturrahim sesama kita.
Saudara Saudari, sesungguhnya niat saya cumalah mahu kita semua sentiasa berfikiran positif dan
meyakini hikmah di sebalik setiap ujian.
Hanya dengan cara inilah, keinginan kita untuk memaknai ketibaan Syawal kali ini tetap berkobar-kobar. Dan yang lebih penting, hanya dengan cara inilah, usaha kita untuk menghentikan penularan Covid-19 menemui kejayaan.
Ya, ia bukan mudah namun selagi kita bersatuhati, bersatupadu dan bekerjasama termasuk sepanjang tempoh PKPB di bulan Syawal yang bakal menjelma ini, saya percaya yang kita mampu melakukannya.
Perkara ini telah terbukti di Kementerian saya sendiri, Wisma Putra.
Berkat kesungguhan, tekad, semangat berpasukan dan kesabaran yang tinggi yang ada pada diri setiap warga Kementerian ini khususnya pasukan petugas barisan hadapan Covid-19 Wisma Putra, segala usaha dan perancangan Kementerian ini terutama dalam memudahcara urusan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara semasa krisis Covid-19 ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Demi negara, sebahagian mereka juga bukan sahaja tetap perlu bertugas pada 1 Syawal nanti. Malah,
sebahagian besar warga Wisma Putra yang bertugas di Perwakilan-perwakilan Malaysia di seluruh
dunia tidak dapat pulang ke tanah air bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Itu hanya cerita di Kementerian saya. Saya yakin, semua penjawat awam sama ada di Kementerian
Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pendidikan dan semua
Kementerian turut mencurahkan khidmat bakti terbaik demi memastikan tanah air kita yang tercinta ini
segera bebas daripada wabak ini.
Saudara saudari, sambutan Aidilfitri tahun ini memang tidak akan semeriah tahun-tahun sebelum ini.
Apa yang boleh kita lakukannya sekarang, ialah menerimanya dengan redha. Pada masa yang sama,
kita terus berdoa, semoga krisis Covid-19 ini segera berakhir sekaligus membolehkan kita menjalani
kehidupan seperti sedia kala.
Akhir kata, saya dan keluarga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andainya terdapat salah
dan silap yang telah kami lakukan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
21 MEI 2020
Hishammuddin Hussein
Thu May 21 2020
Ingatlah, pengorbanan kita ini penting serta berupaya menjamin keselamatan dan kesejahteraan diri kita sendiri, anak, cucu dan cicit kita. - Foto Hishammuddin Hussein
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.