Kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari sekumpulan pelajar yang menunggang motosikal secara melulu.
Antara kawasan terlibat termasuk di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir.
Bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising, malah kumpulan terbabit termasuk pelajar perempuan ini juga turut menunjukkan lagak ‘samseng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya sehingga menyebabkan pengguna lain terpaksa 'beralah' memberi laluan kepada mereka.
Selain merakam aksi-aksi ngeri kumpulan pelajar berkenaan, aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti merokok secara terang-terangan di kawasan awam turut dirakam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Hassan Basri Yahya ketika dihubungi Astro AWANI berkata, bertindak atas aduan, pihaknya mengeluarkan 17 saman kepada 17 pelajar lepasan SPM itu atas pelbagai kesalahan.
Antaranya termasuk tiada lesen memandu, cukai perjalanan yang tamat tempoh dan ubah suai kenderaan.
Jelasnya, kesemua kesalahan itu masing-masing 15 di Klebang dan dua di bandaraya Melaka.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Nov 27 2019
Sekumpulan pelajar yang masih berpakaian seragam sekolah dirakamkan 'meraikan' hari terakhir peperiksaan SPM bersama rakan-rakan di sebatang jalan di Melaka. - Gambar Astro AWANI
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Wanita, teman lelaki didakwa dera anak kandung
Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dakwaan mendera anak kandung perempuannya berusia lima tahun, minggu lalu.
COVID-19: Jumlah pelancong ke Melaka terkesan
Peningkatan kes positif COVID-19 dalam negara yang mencapai tiga angka sejak 25 Sept lepas, sekali lagi memberi kesan pada industri pelancongan di Melaka.
'Berpesta' di jalan raya rai kertas akhir SPM
Kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari insiden sekumpulan pelajar menunggang motosikal secara melulu.
'Spider-Man' tinggal terlebih masa di Malaysia hingga dicekup Imigresen
Tindakan seorang warga Bangladesh memakai kostum adiwira 'Spider-Man' di sekitar Bandar Hilir di sini membawa padah apabila dicekup Jabatan Imigresen Melaka.
'Topoi K' didakwa kerana mengedar dadah bernilai RM150,000
Seorang penganggur yang digelar 'Topoi K' akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah di sebuah rumah di Bandar Hilir.