ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 15 Julai 2020.

1) ADUN Slim, Khusairi Talib meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dilaporkan meninggal dunia petang tadi.

2) Pemandu mabuk: Kabinet setuju Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda

Kerajaan bersetuju untuk memindakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut.


3) Lima kes baharu positif COVID-19 hari ini - KP Kesihatan

Sebanyak lima kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 8,734 kes.


4) Azalina, Rashid tegas kendali perbahasan, tegur sikap ahli parlimen

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan ketegasan dua Timbalan Yang Dipertua dalam mengendalikan suasana hangat 'pertikaman lidah' Ahli Parlimen ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.


5) Nasib pekerja Malaysia ulang-alik ke Singapura bergantung pada pematuhan SOP

Status kira-kira 250,000 pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura, sama ada mereka dibenarkan untuk berulang-alik ke tempat kerja pada setiap hari adalah bergantung kepada kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA).


6) Perkhidmatan bas sekolah percuma di Sarawak bermula 3 Ogos 2020

Perkhidmatan bas sekolah secara percuma di negeri Sarawak kini menjadi realiti.

Ia selepas Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melancarkan Majlis Pelancaran Bas Sekolah percuma di bangunan Yayasan Sarawak di Kuching pada Rabu.

7) Perodua perkenalkan Myvi 2020 baharu dengan ciri Bantuan Pemanduan Selamat 2.0

Perodua Myvi yang kini tampil dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta warna luaran baharu yang menarik untuk tahun 2020, sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Perodua seluruh negara.


8) Saidi beritahu telah serahkan RM5 juta kepada Rosmah – Saksi

Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor diberitahu bahawa Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin menyerahkan wang tunai RM5 juta kepada isteri bekas perdana menteri itu kerana membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) daripada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi projek solar hibrid di Sarawak.

9) Sukan Olimpik Tokyo: Misi hidup mati Sharmendran

Memandangkan sukan karate akan dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, ia akan menjadi edisi yang julung-julung kali mempertandingkan sukan tempur itu memandangkan tuan rumah edisi 2024, Paris, tidak menyenaraikannya dalam acara sukan yang akan dipertandingkan.


10) Persahabatan antarabangsa: Malaysia uji Bahrain Oktober depan

Skuad Harimau Malaya akan berdepan pasukan di ranking ke-99 dunia, Bahrain, dalam aksi pemanas badan di tempat lawan 2 Oktober depan.