Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 7 Julai 2020.

1) COVID-19: Kes baharu kekal satu angka, tiada kematian dicatat selama 23 hari

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes baharu di negara ini adalah sebanyak 8,674 kes.

2) Tiada kematian selama 23 hari, antara inti pati perkembangan COVID-19 Malaysia

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan turut memaklumkan tiada kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di Malaysia.

3) Dua rakyat Malaysia tiba dari luar negara dibawa ke hospital, 1,144 kuarantin di rumah

Sementara, seramai 1,144 individu lagi diarah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

4) Bahana viral, penganggur nekad curi lima pokok lidah jin di taska

Gara-gara pokok lidah jin viral yang harganya boleh mencecah sehingga RM200 sepokok, seorang penganggur nekad mencuri pokok tersebut.

5) NGO tuntut Al Jazeera disiasat dengan terperinci, mohon maaf secara terbuka

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Negara pada Selasa menuntut agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), menjalankan siasatan terperinci terhadap agensi berita antarabangsa Al Jazeera berkaitan sebuah dokumentari memaparkan kononnya Malaysia memberikan layan buruk terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika merawat penularan COVID-19.

6) Laporan Al Jazeera: Imigresen minta kerjasama orang awam kesan warga Bangladesh

Jabatan Imigresen Malaysia meminta kerjasama orang awam untuk menjejak seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

7) Ahmad Zahid tarik balik rayuan cabar Akta SPRM dan Pencegahan Wang Haram

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar dari segi perlembagaan berhubung dua akta membabitkan penerimaan bukti dokumen bagi tuduhan yang dihadapinya.

8) Agong responden pertama Banci 2020

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjadi responden pertama Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020).

9) Bank Negara turunkan kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 peratus. Ia menjadikan kadar OPR kini adalah yang terendah sejak 2004.

10) Longgar syarat pinjaman bantu generasi baharu Felda miliki rumah - PM

Kerajaan hari ini mengumumkan berita gembira berhubung pembiayaan bagi generasi baharu Felda untuk memiliki rumah menerusi skim Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF).