ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 4 Julai 2020.

1) BN pertahan DUN Chini

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini apabila calonnya, Mohd Sharim Md Zain memperoleh kemenangan dengan majoriti 12,650 undi.

2) Kes positif kembali dua angka, 15 kes sembuh dan kematian kekal 121

Kes baharu COVID-19 di negara ini kembali kepada dua angka selepas 10 kes baharu dilaporkan pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 8,658 kes.

3) Pas, UMNO tidak tamak untuk jadi PM - Tuan Ibrahim

PAS menafikan Muafakat Nasional tidak mempunyai calon berkelayakan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kerana menyokong pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengisi jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

4) 15 individu sertai sukan bersentuhan antara 77 ditahan polis - Ismail Sabri

Sejumlah 77 individu ditahan polis pada Jumaat atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

5) Golongan warga emas rasa selamat mengundi dalam kelaziman baharu

Proses membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Sabtu menyaksikan para pengundi menjalankan tanggungjawab mereka mengikut konsep kelaziman baharu.

6) Lelaki maut dibaham buaya ketika mandi sungai

Mayat seorang lelaki berumur 24 tahun yang hilang ketika mandi di Sungai Kalabakan di Tawau pada Jumaat, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai akibat dibaham buaya, pada Sabtu.

7) 250 ahli PKR Ampang umum keluar parti, cabang terbubar secara automatik

Seramai 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang termasuk pemimpin peringkat jawatankuasa mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta pada Sabtu.

8) Chini Memilih: Enam dikesan bergejala, seorang dirujuk ke klinik kesihatan

Seramai enam pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dikesan bergejala dengan seorang daripada mereka dirujuk ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk rawatan lanjut.

9) Calon PM: Saya masih belum buat keputusan - Shafie Apdal

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pencalonannya sebagai Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) Plus.

10) Hubungan serangkai keluarga komponen PH perlu diperkukuh - Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semua parti komponen PH mengukuhkan kembali hubungan sebagai serangkai keluarga bagi mempertahankan mandat rakyat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.