ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 26 Jun 2020.

1) KKM akan kaji antibodi bekas pesakit COVID-19 setiap tiga bulan

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia bagi melihat kategori pesakit tersebut dan menilai sama ada berlakunya kesan sampingan pada paru-paru dan imuniti pada tubuh.

2) COVID-19: Enam kes baharu direkodkan, tiada kematian

Sebanyak enam kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara sebanyak 8,606 kes.

3) Kes aktif COVID-19 kurang 200 kes, ikuti inti pati penting KKM hari ini

Antara pencapaian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) ialah dengan membawa Malaysia menjadi antara negara yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN bagi kadar penyembuhan kes COVID-19.

4) Sekolah dan Madrasah Tahfiz diberi lampu hijau untuk beroperasi kembali

Dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh pemulaan operasi itu selaras dengan tarikh pembukaan sekolah-sekolah yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, tidak lama lagi.

5) Badan letih dan tak bermaya? 1 Julai ini pusat urut dan spa kembali dibuka

Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan semula operasi pusat spa, pusat kesihatan dan pusat urut kaki, bagi merancakkan semula kegiatan ekonomi dalam negara ini.

6) Legoland dibuka semula kepada pengunjung

Selepas ditutup sementara selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19, Legoland Malaysia Resort kembali dibuka kepada pengunjung mulai Khamis dengan beroperasi pada kapasiti lebih rendah sebagai langkah pencegahan.

7) Pelajar Malaysia boleh keluar negara tanpa mohon kebenaran awal - Jabatan Imigresen

Pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pengajian di luar negara termasuk yang baru menerima tawaran atau ingin mengambil peperiksaan, dibenarkan keluar negara tanpa perlu memohon kebenaran awal Jabatan Imigresen (JIM).

8) Pusat urut dibenarkan beroperasi, antara lima perkara penting sidang media PKPP

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini membenarkan pembukaan semula pusat spa, pusat kesihatan (wellness) dan pusat urut kaki bagi merancakkan kembali industri pelancongan di negara ini.

9) Pelan pelancongan mudahkan MOTAC bantu negeri - Nancy Shukri

Setiap negeri perlu mengemukakan pelan pelancongan masing-masing kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) supaya bantuan yang sesuai dapat disalurkan demi untuk memajukan industri itu.

10) Malaysia perlu tumpu pertanian, lebih berdaya tahan ketika krisis - Perangkaan

Gangguan penawaran dan permintaan global pada masa kini memberi peluang kepada Malaysia untuk lebih menumpukan produk pertanian berasaskan makanan seperti beras, buah-buahan, ternakan dan tenusu yang sebahagian besarnya diimport.