Pengurusan ekonomi negara ketika penularan COVID-19 perlu dibuat secara efisen untuk memastikan proses pemulihan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak terlalu sukar.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia boleh dimulakan dengan mengenal pasti 'zon hijau' dan 'zon merah'.

"Zon Hijau ini boleh dibuka. Zon Merah pula perlu dikawal ketat.

"Ini penting untuk memberi sedikit ruang kepada ekonomi supaya proses pemulihan kita tidak terlalu sukar dan mengambil masa yang lama," kata Mohd Shafie.

Beliau berkata demikian ketika sesi temubual Consider This pada Khamis malam.

Temubual tersebut memberi fokus kepada respon Sabah dalam menangani COVID-19 serta cabaran yang dihadapi susulan penularan virus tersebut di wilayah itu.