Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuh golongan belia supaya lebih berjaya termasuk dari segi pendidikan menerusi Belanjawan 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Belanjawan tersebut dijadual dibentangkan pada 6 November ini.
Menurutnya, selain menjadi penyumbang utama terhadap hala tuju pembangunan negara, belia juga merupakan kumpulan paling ramai membantu masyarakat yang terkesan ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
Malah, katanya, kerajaan juga menyedari bahawa belia memerlukan sokongan dari segi pendidikan awam yang baik serta ekonomi yang dapat memberi mereka peluang untuk berdikari serta berjaya.
"Peluang perlu disediakan untuk semua, sama ada yang berkelulusan akademik atau vokasional. Semua ini akan diperincikan semasa penyediaan Belanjawan 2021.
"Sehubungan itu, saya ingin menjemput seluruh rakyat termasuk belia untuk berkongsi idea dan cadangan yang boleh dipertimbangan untuk Belanjawan 2021 dan boleh diemelkan terus kepada kementerian di [email protected]," katanya.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata kementerian itu juga merancang untuk menyediakan platform bagi membolehkan golongan belia meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan kewangan.
"Ilmu kewangan amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan masing-masing. Oleh itu, saya memang galakkan belia untuk menimba ilmu dalam bidang itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 02 2020
Tengku Zafrul berkata kementerian itu juga merancang untuk menyediakan platform bagi membolehkan golongan belia meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan kewangan. - Gambar fail/BERNAMA
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Malaysia perlu pembaharuan untuk pastikan orang ramai sertai proses belanjawan - IDEAS
Malaysia memerlukan pembaharuan institusi untuk memastikan penyertaan awam yang mampan, pengawasan dan amalan ketelusan dalam proses belanjawan.
Pembubaran Parlimen 1999 boleh berulang jika kurang sokongan kepada kerajaan - Penganalisis
Pembubaran Parlimen pada 1999 ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berulang jika kerajaan tidak mempunyai sokongan terhadap Belanjawan 2021.
Usulkan undi percaya, pasti Belanjawan akan lulus - Johari
Johari berpandangan bahawa kebanyakan ahli Parlimen mempertikaikan keyakinan kerajaan dan bukan semata-mata mempolitikkan belanjawan.
DUN Kelantan luluskan kenaikan gaji ADUN, Exco
Kesemua barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal memperolehi pembayaran kenaikan gaji pokok.
Belanjawan 2021: Selangor harap aeroangkasa, jalur lebar jadi tumpuan
Kerajaan Selangor berharap sektor aeroangkasa, infrastruktur jalur lebar dan pembinaan hospital baharu antara tumpuan Belanjawan 2021.
Muda senaraikan 10 cadangan untuk Belanjawan 2021
Lanjutkan moratorium sehingga Jun 2021, bonus dua bulan untuk pekerja barisan hadapan dan skim 1 Keluarga 1 Laptop, antara cadangan disuarakan.
Belanjawan 2021 disifatkan sebagai 'ibu segala bajet', perlu berpihak kepada rakyat
Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada minggu depan disifatkan sebagai 'ibu segala bajet'.
Belanjawan 2021: Kerajaan dijangka kurangkan perbelanjaan - Ahli ekonomi
Kemerosotan KDNK kebanyakannya disebabkan kepada sekatan perdagangan komoditi terhadap ekonomi Malaysia yang dipacu oleh eksport.
Kuwait dijangka tidak mampu bayar gaji penjawat awam selepas November
Negara teluk yang kaya dengan hasil minyaknya, Kuwait bakal menghadapi kesukaran membayar gaji penjawat awam selepas November depan.
Belanjawan 2021 akan perkukuh belia - Tengku Zafrul
Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuh golongan belia supaya lebih berjaya termasuk dari segi pendidikan menerusi Belanjawan 2021.