Belanjawan 2020 yang turut menumpukan kepada pembangunan sektor pelancongan Malaysia dijangka akan turut mendorong pertumbuhan pendapatan syarikat penerbangan di negara ini seperti AirAsia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes berkata unjuran itu dibuat melalui sasaran kehadiran 30 juta pelancong menerusi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).
"Ia merupakan belanjawan yang amat baik ... ia memberikan peluang yang amat bagus bagi mempromosikan pelancongan, kedatangan lebih ramai pelawat akan menghasilkan keuntungan yang besar kepada Malaysia.
"Sudah tentu dengan sasaran ketibaan pelancong melalui Tahun Melawat Malaysia 2020, secara tidak langsung akan menyumbang kepada pertumbuhan syarikat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program A Level selama 18 bulan Epsom College di sini hari ini.
Ditanya sama ada syarikat penerbangan tambang rendah itu akan mengadakan pelbagai promosi pada tahun hadapan seiring dengan langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan, Fernandes berkata, perkara itu sudah pasti berlaku.
"Kerajaan telah membentangkan belanjawan yang baik. Mereka menghulurkan lebih daripada RM1 bilion kepada industri pelancongan.
"Ini bermakna Malaysia Airport perlu memainkan peranan dan membantu syarikat penerbangan seperti AirAsia dan Malaysia Airlines yang mempunyai fokus pasaran yang berbeza, agar dapat mencatatkan pertumbuhan dan mengambil bahagian dalam peluang untuk mengembangkan pelancongan di Malaysia," katanya lagi.
Beliau juga berkata inisiaitif kerajaan untuk terus memberikan tumpuan terhadap pembangunan sektor pelancongan adalah langkah sewajarnya kerana ia antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menerusi pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ke arah usaha menjenamakan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan, dengan sasaran kedatangan 30 juta pelawat.
--BERNAMA
Bernama
Wed Oct 16 2019
FERNANDES: Malaysia Airport perlu memainkan peranan dan membantu syarikat penerbangan seperti AirAsia dan Malaysia Airlines yang mempunyai fokus pasaran yang berbeza. - Gambar fail
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.
AirAsia lancar kempen 'This Is India', tawar tambang bermula RM329 ke 12 destinasi di India
Pengembara dari India juga boleh membuat tempahan penerbangan untuk mengunjungi Kuala Lumpur dengan tambang bermula INR7,835 termasuk semua sehala.
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.
AirAsia antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024
AirlineRatings.com mengumumkan AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat.