Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah beliau memperoleh pendapatan sebanyak RM99,000 sebulan sebelum meninggalkan syarikat berkenaan .

Malah, pada awal penyertaan dalam perintis 1MDB iaitu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA),beliau memperoleh gaji sebanyak RM80,000 sebulan.

Shahrol juga menerima kenaikan kadar gaji sehingga peletakan jawatan pada 2013.

Kesemua jumlah pendapatan berkenaan adalah sebelum cukai.

Angka gaji itu turut mengundang reaksi spontan pendakwa raya Gopal Sri Ram yang berseloroh mengatakan dirinya salah memilih profesion.

Kata-kata Sri Ram itu turut mengundang ketawa mereka yang hadir di mahkamah.

Shahrol turut menerima elaun sebanyak RM179,000 setahun sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB.

Pada masa sama, beliau juga menerima RM1,500 bagi setiap kali menghadiri mesyuarat lembaga pengarah.

Shahril juga tidak ketinggalan pernah menerima bonus selama 18 bulan sama ada dalam tahun antara 2012 hingga 2013.

Pada masa itu, pendapatannya adalah sebanyak RM80,000 sebulan.

Shahrol merupakan saksi pendakwaan kesembilan dalam empat kes pertuduhan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.


BACA: Jho Low atur pertemuan Najib dan Putera Mahkota Abu Dhabi - Saksi

B
ACA: Jho Low kawal 1MDB dari belakang bagi laksana mandat Najib - Saksi