Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (BIMLTK) diperluaskan kepada empat jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, empat jabatan dan agensi terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Jelasnya, bayaran insentif bulanan itu telah diluluskan oleh kerajaan dan memberi manfaat kepada 1,200 pegawai serta anggota yang bertugas di 98 fasiliti pedalaman.
"Terdapat tiga kategori pedalaman iaitu Pedalaman Satu, Dua dan Tiga. Penentuan kategori tersebut berasaskan tahap kesukaran yang dinilai mengikut aspek untuk sampai oleh anggota bertugas.
"Pedalaman Satu layak menerima RM500 sebulan kerana lokasinya tidak berapa jauh ke dalam manakala RM1,500 sebulan untuk yang paling jauh ke pedalaman (Pedalaman Tiga) dan RM1,000 di pertengahan pedalaman (Pedalaman Dua)," katanya.
Hamzah berkata demikian selepas majlis penyampaian pangkat 'Posthumos' dan Sumbangan Ex-Gratia Bencana Kerja PDRM kepada Allahyarham Koperal Safwan Mohamad Ismail di Mes Pegawai Kanan Briged Utara, Ipoh pada Jumaat.
Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Sebelum ini bayaran insentif BIMLTK tersebut hanya dinikmati kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).
Mengulas lanjut, Hamzah memberitahu, beberapa kriteria lain turut diambil kira dalam pengagihan insentif tersebut seperti bilangan mod pengangkutan, risiko perjalanan, sumber air, elektrik dan kemudahan lain seperti bank, pejabat pos serta bekalan bahan api.
Kata beliau, pecahan jabatan dan perjawatan yang akan menerima insentif itu melibatkan negeri-negeri tertentu mengikut keperluan.
Terdahulu, pada majlis itu, Hamzah menyampaikan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja PDRM dan Faedah Terbitan Allahyarham Safwan sebanyak RM180,135, manakala waris akan menerima bayaran Skim Ex-Gratia Bencana Kerja PDRM sebanyak RM864 setiap bulan seumur hidup.
Allahyarham Safwan yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor meninggal dunia selepas dilanggar seorang pemandu dipercayai mabuk ketika sedang membuat sekatan jalan raya pada 3 Mei lepas.
Astro Awani
Fri Jun 19 2020
Hamzah memaklumkan ayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan dilanjutkan. - Gambar Bernama.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Bayaran insentif BIMLTK diperluas kepada PDRM, Imigresen, RELA, JPN
Bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan dilanjutkan kepada empat jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa 1 Jun ini.