SEMPENA sambutan Hari Natal yang akan diraikan pada 25 Disember ini, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengejutkan pesakit dan kakitangan di sebuah hospital di Washington dengan kemunculannya sebagai Santa Claus.

Dengan mengenakan topi merah dan memikul kantung berisi hadiah Krismas, kemunculan Obama di Children's National Medical Center disambut seperti seorang bintang filem.

Mengenali karakter Obama yang mudah mesra menjadikan para pesakit dan kakitangan di hospital berkenaan berasa sangat dekat dengan beliau.

Muncul dengan gaya yang sangat sederhana mengenakan baju berwarna kelabu dan berseluar panjang, Obama menghiburkan pesakit yang terdiri daripada kanak-kanak sambil mengedarkan hadiah.

Pada usia 57 tahun itu, kehadiran Presiden AS ke-44 itu disambut dengan sorakan dan nyanyian lagu Krismas di hospital berkenaan

"Saya hanya ingin menyampaikan terima kasih kepada kalian semua," katanya kakitangan hospital berkenaan.

Obama turut berkunjung ke wad-wad pesakit sambil menyapa mereka dengan ucapan "ho, ho, ho" dan mengagihkan hadiah.

Kebanyakan pesakit dan waris di akan menghabiskan percutian sempena Krismas di hospital itu.

"Di manapun keluarga berada, di manapun orang-orang yang kau cintai berada, di sanalah Natal berada," kata Obama kepada seorang gadis remaja.

"Selamat Natal dan selamat berlibur bagi anak-anak, keluarga dan kakitangan di Children's National yang luar biasa," kicau Obama di laman Twitter sambil berkongsi videonya berkunjung ke rumah sakit itu.