Peruntukan RM1.8 juta disediakan untuk menyiapkan stok bekalan bantuan banjir di Terengganu bagi menghadapi musim tengkujuh akan datang, kata Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya.
Beliau berkata, stok bekalan barangan keperluan itu sedang dalam proses pengedaran ke 142 stor pangkalan hadapan dan 20 depot mini di seluruh negeri.
Antara lain, daerah Hulu Terengganu mempunyai stor pangkalan hadapan terbanyak di 50 lokasi diikuti Setiu (24), Kemaman dan Besut (masing-masing 18), Marang (16) dan Dungun (14).
"Setakat ini, 553 pusat pemindahan termasuk sekolah, dewan orang ramai, balai raya dan pusat komuniti untuk penduduk terjejas banjir disediakan dengan kemampuan menampung kapasiti 131,875 orang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di sini pada Rabu.
Menurut Jabatan Meteorologi, fenomena Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula awal November 2018 sehingga Mac tahun depan yang akan menyebabkan banjir di kawasan berisiko di Terengganu seperti kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.
Mengulas lanjut, A. Rahman berkata 2,293 anggota daripada enam jabatan dan agensi kerajaan akan bertugas sepanjang bencana itu merangkumi 820 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (657), Angkatan Pertahanan Awam Terengganu (422), RELA (252), Angkatan Tentera Malaysia (120) serta Agensi Penguatkuasaan dan Maritim Malaysia (22).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 26 2018
Stok bekalan barangan keperluan sedang dalam proses pengedaran ke 142 stor pangkalan hadapan dan 20 depot mini di seluruh negeri. - Gambar hiasan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit tutun kepada 4.7390/7440 berbanding dolar US daripada 4.7375/7400 ketika ditutup semalam.
Selesa, dekat Masjid Nabawi, mesra OKU untuk jemaah muassasah
Selesa, dekat dengan Masjid Nabawi dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) antara ciri-ciri tiga tempat penginapan diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah haji Malaysia yang akan ke Madinah semasa musim haji tahun ini.
#AWANI745
#AWANI745
Kajian UNICEF: Pemulihan ketara pascapandemik COVID-19, namun kemiskinan masih ketara
Penyampai Astro AWANI, Dzulfitri Yusop memberi perincian mengenai tinjauan Ranjau Sepanjang Jalan: Tinjauan Berulang Tentang Impak Kos Sara Hidup PascaPandemik Terhadap Isi Rumah Berpendapatan Rendah di Kuala Lumpur yang dijalankan Unicef. Antara hasil tinjauan ialah pendpatan isi rumah semakin melonjak, namun kadar kemiskinan masih ketara.
#AWANI745
#AWANI745
“Faisal tersenyum, renungan mata masih sama, positif" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh gembira dengan keadaan terkini pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim yang kini dilihat semakin baik.
Malaysia, Arab Saudi bincang sektor pertanian, penyelidikan, tingkat akses pasaran
Mohamad menekankan potensi beberapa produk Malaysia untuk dieksport ke Arab Saudi seperti buah-buahan tropika; produk nilai tambah haiwan dan makanan haiwan.
Azalina ketuai delegasi Malaysia ke Kanada untuk kajian pengasingan kuasa Peguam Negara
Azalina berkata kajian itu antara lain untuk membuat rujukan amalan terbaik dalam usaha mengenal pasti model sesuai bagi Malaysia.
USJT Bukit Aman siasat kes serangan tiga pemain bola sepak - Mohd Shuhaily
Siasatan dibuat dari semua sudut dan aspek, termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan isu tohmahan yang melanda FAM pada bulan lepas.
Israel serang Rafah, MAPIM aktifkan pasukan pemantauan
Situasi bertambah genting di Gaza apabila tentera Israel mula serang Rafah dan ini sekali gus memberi cabaran kepada misi bantuan kemanusiaan kecemasan 110 kontena yang mahu digerakkan Malaysia ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah. Laporan oleh Afiezy Azaman.
#AWANI745
#AWANI745
Kajian UNICEF: Pendapatan isi rumah melonjak, kemiskinan masih ketara
Penyampai Astro AWANI, Syaff Shukri menemubual Amila Adlin Away Abdullah, seorang pembantu tadbir mengenai hasil tinjauan Ranjau Sepanjang Jalan oleh Unicef.
#AWANI745
#AWANI745
Modus operandi serangan terhadap Faisal, Akhyar, Safiq serupa
Polis maklumkan modus operandi serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim, Safiq Rahim dan Akhyar Rashid adalah serupa.
#AWANI745
#AWANI745
Banjir: RM1.8 juta persediaan bekalan bantuan di Terengganu
Setakat ini, 553 pusat pemindahan termasuk sekolah, dewan orang ramai, balai raya dan pusat komuniti untuk penduduk terjejas banjir disediakan dengan kemampuan menampung kapasiti 131,875 orang.