Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pukul 10.20 pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ahmad Zahid dijadual meninjau ke tiga Parlimen yang terjejas akibat banjir iaitu di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Sejurus tiba, Ahmad Zahid dilihat mendakap erat Guan Eng.

Awal pagi semalam, Guan Eng menghubungi Ahmad Zahid dan meminta bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu kerajaan negeri menguruskan bantuan serta usaha menyelamat mangsa-mangsa banjir.