Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini di Johor dan Pahang, selain Melaka yang menjadi negeri terbaharu dilanda bencana alam terbabit.
Johor mencatatkan mangsa paling ramai dengan 5,592 orang daripada 1,549 keluarga berada di PPS setakat 5 petang ini berbanding 3,934 orang daripada 1,079 keluarga, 12 tengah hari Ahad.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri berkata peningkatan itu susulan Johor Bahru dan Pontian menjadi daerah terbaharu terjejas dengan bencana itu, selain daerah sedia ada yang dilanda banjir iaitu Mersing, Kota Tinggi, Kulai, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Segamat.
Katanya, kesemua mangsa kini ditempatkan di 63 PPS iaitu 10 di Mersing, 14 di Kota Tinggi, 20 di Kluang, 11 di Segamat, masing-masing dua di Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru, serta sebuah masing-masing di Pontian dan Muar.
Di Pahang, mangsa banjir di Rompin, satu-satunya kawasan dilanda banjir setakat ini, terus meningkat menjadikan jumlah keseluruhan yang ditempatkan di sembilan PPS seramai 790 orang daripada 204 keluarga pada pukul 4.05 petang, berbanding 765 orang daripada 195 keluarga, pada tengah hari.
Manakala di Melaka, sebuah pusat pemindahan banjir dibuka berikutan hujan lebat sejak pagi tadi yang mengakibatkan beberapa kawasan di negeri itu dilanda banjir.
Setakat 3 petang, seramai 13 orang penduduk melibatkan tiga keluarga dari Kampung Bukit Balai dipindahkan ke PPS di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal, Bukit Balai.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di kawasan Rompin, Pahang; serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi di Johor sehingga Selasa ini.
Notis waspada dengan hujan lebat turut dikeluarkan bagi kawasan Maran; Kuantan; Bera dan Pekan di Pahang serta Tangkak; Muar; Batu Pahat; Pontian dan Johor Bahru di Johor yang diramal berlaku sehingga tempoh sama.
Selain itu, notis sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah; Rembau; Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan seluruh negeri Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 15 2019
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Asyraf Nur Mohd Yusoff (kanan) berbual bersama mangsa banjir Bahrain Nuai (duduk), 70, ketika dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir (PPB). - Foto BERNAMA
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.
Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.
Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.
Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
80 petani hadapi kerugian jutaan ringgit akibat penahan air laut pecah
Salah seorang pengusaha Mazlan Ithnin, 58, berkata kejadian berkenaan berlaku apabila benteng penahan air laut telah pecah semenjak tahun 2018.
Dua maut kereta rempuh kenderaan di pusat servis
Pemandu Honda Civic, Tei Kai Hong, dan penumpang belakang, Marcus Teo Howe Yue, maut di lokasi kejadian.
Sistem akaun diceroboh, syarikat di Johor kerugian RM1.9 juta
Sebuah syarikat yang beroperasi di Batu Pahat, Johor mengalami kerugian RM1.9 juta selepas sistem akaun syarikat itu diceroboh.
Seorang maut, empat cedera dalam nahas tiga kereta
Seorang lelaki tersepit di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dan disahkan maut di lokasi kejadian.