Sejumlah 49 lorong tikus baharu yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenal pasti di Sarawak.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang berkata pekan Biawak adalah antara kawasan di negeri itu yang mempunyai banyak lorong-lorong 'panas' yang perlu dikawal ketat bagi mengekang kemasukan PATI serta aktiviti jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan pandemik COVID-19.
"Op Benteng melibatkan kerjasama bersepadu antara semua agensi penguatkuasaan dan keselamatan dalam memutuskan rangkaian kemasukkan PATI sama ada di darat atau perairan.
"Op ini akan diteruskan lagi agar lorong-lorong tikus dapat ditutup dan dipantau ketat. Kawalan juga dipertingkatkan di lokasi-lokasi tumpuan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke salah satu Pos Gabungan Bersama ATM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Kem Jawantankuasa Perancangan Gerakan (JPG) Biawak dan penyampaian bungkusan Aidilfitri dan Gawai di sini, hari ini.
Affendi berkata ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain akan terus komited melaksanakan Op Benteng melalui koordinasi bersepadu bagi memastikan persempadanan negara, baik darat mahupun perairan tidak dicerobohi.
Op Benteng diaktifkan sejak Mei lepas di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan kerjasama ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Sejak NTF diaktifkan di Sarawak, seramai 962 orang PATI dan 160 orang tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan Malaysia secara haram, manakala 33 individu ditahan kerana disyaki melakukan penyeludupan barangan yang melibatkan nilai rampasan berjumlah RM1.57 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 21 2020
Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada sidang media selepas melawat Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak di Lundu, hari ini. - Foto BERNAMA
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Peruntukan tambahan RM200 juta diguna baiki kerosakan dalam rumah anggota tentera
Peruntukan tambahan RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota ATM, akan digunakan bagi pembaikan kerosakan rumah anggota.
Pasukan Starlight II selamat tiba di tanah air
Sepanjang tempoh operasi, Hospital Medan Malaysia telah merawat seramai 2,415 pesakit termasuk 83 kes pembedahan.
Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.
Tiada kompromi anggota terlibat jenayah, langgar disiplin - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan 20 anggotanya disiasat polis berhubung dua kes rompakan di Semporna, Sabah pada 15 dan 18 Ogos lepas.
SKN 2.0 dilancar, jadi dokumen strategi terkini ketenteraan
Panglima Angkatan Tentera melancarkan dokumen Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 yang menjadi dokumen strategi terkini yang relevan, berkesinambungan dan praktikal.
Bajet 2023: Bajet pertahanan perlu ditingkatkan 1.5 peratus daripada KDNK - PAT
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 peratus peruntukan daripada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi memastikan kesiapsiagaan aset pertahanan pada tahap tertinggi.
LIMA bakal buat kemunculan semula secara besar-besaran tahun depan - Affendi
Malaysia yakin LIMA 2023 bakal menjadi acara paling popular di rantau ini selepas edisi terakhir LIMA atau LIMA 19.
DEFTECH, FNSS Turki lanjut kerjasama bekal kenderaan perisai kepada Malaysia
DEFTECH telah bekerjasama dengan FNSS sejak 2011, bermula daripada pembekalan AV8 Gempita kepada Tentera Darat Malaysia.
Perlu keseimbangan antara tugas utama ATM dan peranan dalam CIMIC - Panglima ATM
Pertimbangan sewajarnya juga diberikan untuk melaksanakan peranan menangani cabaran keselamatan bukan tradisional yang dihadapi negara.
Lebih 700 anggota, keluarga ATM terjejas banjir terima sumbangan kerajaan UAE
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata sumbangan berkenaan disampaikan Duta Emiriah UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith.