Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) rangkul tiga anugerah pada majlis makan malam Anugerah PR Malaysia (MPRA) 2019 pada Jumaat.
Anugerah Emas dimenangi dalam kategori Tanggungjawab Sosial Korporat menerusi Astro Kem Badminton.
Anugerah Perak pula diraih Astro dalam kategori Pelancaran Pengguna menerusi Kempen Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
Kedua-dua anugerah tersebut diterima Pengarah Komunikasi Astro, Tammy Toh dan pasukannya pada majlis yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, di sini, pada Jumaat.
Tammy berkata anugerah tersebut sebagai pengiktirafan atas usaha luar biasa Astro dalam membangunkan sukan di negara ini.
“Kami amat gembira memenangi anugerah-anugerah ini kerana ia menunjukkan bahawa Astro merupakan ibu kepada segala saluran sukan.
“Ia juga menunjukkan bahawa Astro mengutamakan komuniti terutamanya dalam membangunkan bidang sukan di Malaysia dan Kem Badminton merupakan program akar umbi kami.
“Tahun hadapan merupakan tahun yang penting dalam sukan kerana Astro akan membawakan perlawanan UEFA Euro 2020 dalam Definisi Ultra Tinggi 4K (4K UHD),” kata Tammy apabila ditemui selepas majlis tersebut.
Anugerah ketiga syarikat dimenangi Astro AWANI yang merangkul Anugerah Khas Kepimpinan PRCA Malaysia.
Anugerah berprestij tersebut sebagai pengiktirafan atas usaha luar biasa Astro AWANI dalam mengubah landskap televisyen di negara ini.
BACA: Astro AWANI kekal antara jenama berita paling dipercayai
Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron yang menerima anugerah tersebut berkata kemenangan tersebut adalah hasil sokongan tidak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.
“Anugerah yang diberikan kepada AWANI adalah tentang kepimpinan kerana membawa kembali betapa pentingnya untuk berbicara isu-isu yang penting bagi akar umbi supaya mewakili setiap rakyat Malaysia.
“Ia bukan kerana kami di Astro AWANI, tetapi kami mewakili setiap rakyat Malaysia yang mungkin kami tidak kenal muka mereka atau tidak pernah dengar suara mereka, tetapi kami tahu isi hati serta rintihan mereka dan kami menguar-uarkan di udara dan di dalam talian,” ujar Kamarul.
Sementara itu, Editor Eksekutif Astro AWANI, Ashwad Ismail pula berkata anugerah itu mendorong warga Astro AWANI agar terus berusaha untuk membawakan berita segenap dimensi.
“Dengan anugerah ini, ia bukan sahaja memberikan kelebihan kepada kami malah juga kepada penonton.
“Terima kasih kepada penonton kerana sentiasa menjadi motivasi kepada pasukan Astro, khususnya Astro AWANI untuk menganjak citra baharu dalam media negara ini.
“Dengan suasana gangguan digital ini, ia tentunya mencabar tetapi apa yang paling penting ialah kami terus memberi inspirasi dan terus memperkasa,” kata Ashwad.
Majlis makan malam MPRA diadakan buat kali ke-12 dan menyaksikan penyertaan paling tinggi daripada syarikat pelbagai sektor iaitu sebanyak 69 penyertaan dalam 14 kategori.
Isabelle Leong
Fri Nov 22 2019
Tammy (kedua dari kiri) berkata anugerah yang diperoleh merupakan pengiktirafan atas usaha luar biasa Astro dalam membangunkan sukan di negara ini.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
Astro rangkul tiga anugerah berprestij pada majlis MPRA 2019
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) meraih tiga anugerah pada majlis makan malam Anugerah PR Malaysia (MPRA) 2019.
Astro AWANI menang Anugerah Khas Kepimpinan PRCA Malaysia
Astro AWANI dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Kepimpinan PRCA Malaysia pada majlis makan malam Anugerah PR Malaysia (MRPA) 2019 pada Jumaat.