Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM5,000 untuk menukar pertuduhan berkaitan kes dadah, dua tahun lalu.
Pengakuan Hasbullah Ali Alias, 43, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, direkodkan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.
Tertuduh, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang didakwa menerima suapan itu daripada seorang lelaki pada jam 12.37 tengah hari, 7 Mei 2018 di sebuah kopitiam di Jalan Beserah, di sini.
Suapan wang tunai itu didakwa sebagai balasan untuk tertuduh menukar pertuduhan kesalahan dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihadapi oleh rakan mangsa kepada seksyen yang memperuntukkan hukuman lebih rendah.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, yang mengendalikan kes, menawarkan jaminan berjumlah RM20,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam bela Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili Hasbullah Ali, memohon pengurangan atas alasan anak guamnya masih lagi berkhidmat di tempat sama dan telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM sepanjang siasatan.
"Tertuduh tidak pernah gagal melaporkan diri di pejabat SPRM sejak tahun 2018. Untuk hari ini, tertuduh hanya membawa RM5,000 sebagai wang jaminan dengan isterinya yang bekerja sebagai jururawat akan menjadi penjamin.
"Tertuduh juga mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah dan mereka sekeluarga bermastautin di Kuantan. Oleh itu, saya memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah," katanya.
Mohd Ghazali membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan pasport miliknya diserahkan ke mahkamah.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 3 Ogos ini. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020
Tertuduh didakwa menerima suapan daripada seorang lelaki pada jam 12.37 tengah hari, 7 Mei 2018 di sebuah kopitiam di Jalan Beserah, Kuantan.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
ASP mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan terima rasuah
Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah tiga tahun lepas.
ASP tidak mengaku terima rasuah RM5,000
Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM5,000.