Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy yang didakwa bersubahat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, membantah permohonan bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadual bermula Isnin ini.
Peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili Arul Kanda memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa anak guamnya mahu perbicaraan diteruskan dan diberi peluang untuk menyangkal pertuduhan.
"Saya fikir adalah tidak adil bahawa semua orang bercakap tentang kepentingan semua orang dan dia hanya mengikut orang lain.
Mahkamah harus melihat kepentingan semua tertuduh dan bukan hanya seorang tertuduh.
"Justeru, berdasarkan itu, saya membantah dan meminta mahkamah menolak permohonan ini dan perbicaraan bermula pada Isnin," kata beliau dalam penghujahannya.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang turut membantah permohonan itu berhujah bahawa Hakim Mohamed Zaini sebelum ini memutuskan bahawa perbicaraan akan bermula Isnin ini seperti dijadualkan.
Beliau berkata sekiranya mahkamah memberi keputusan yang berbeza hari ini, ia akan menimbulkan persepsi negatif terhadap badan kehakiman.
Peguam Harvinderjit Singh yang membela Najib berhujah bahawa jika perbicaraan tersebut bermula Isnin ini, mereka hanya mempunyai masa yang singkat untuk menyiapkan pembelaan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang Najib menghadapi tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Pada 11 Nov, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan Najib, 66, untuk membela diri terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menggunaan kedudukannya berhubung dana selepas mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Hakim Mohamed Zaini berkata beliau terkejut apabila Najib membuat permohonan itu kerana peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini mengambil sikap berkecuali.
"Saya akan menyampaikan keputusan pada Isnin ini, bagaimanapun tolong bersiap sedia jika saya menolak permohonan ini. Saya akan cuba seboleh-bolehnya untuk berlaku adil, "katanya.
Ahli Parlimen Pekan itu memfailkan usul pada Rabu, memohon perbicaraan, yang ditetapkan pada hari Isnin hingga 29 Nov di hadapan Hakim Mohamed Zaini ditangguh kepada 13 Jan, 2020.
Menurut Najib, jika perbicaraan (pinda laporan audit) diteruskan seperti dijadualkan, dia akan mengalami prasangka kerana dia dan peguamnya memerlukan masa yang munasabah dan mencukupi untuk menyiapkan pembelaan dalam kes SRC yang pertuduhan yang dihadapinya adalah serius.
Beliau juga berkata, pada masa yang sama, barisan peguambelanya, juga terlibat dalam penyediaan kes 1MDB yang bermula pada 28 Ogos dan masih berlangsung sehingga kini. Pembelaannya dalam perbicaraan kes SRC dijangka bermula pada 3 Dis.
Pada 12 Dis, 2018, Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.
Najib dituduh, atas kapasitinya sebagai seorang pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langhsung mempunyai kepentingan.
Najib didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb, 2016.
Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 15 2019
Peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili Arul Kanda memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa anak guamnya mahu perbicaraan diteruskan dan diberi peluang untuk menyangkal pertuduhan. - Gambar fail/Astro AWANI
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Tidak perlu terlalu terkesan dengan lawak perkauman - Belia
Wakil Malaysia Southeast Asia Youth Leadership Program, Amira Aliya Abd Aziz berkata tidak perlu ambil hati dengan jenaka bersifat perkauman selagi mana ia tidak melibatkan isu-isu yang sensitif. Jelasnya, masyarakat berhak untuk membuat pendirian tersendiri terhadap jenaka-jenaka yang dibuat tetapi tidak perlu sehingga dipanaskan secara keterlaluan. #DialogAnakMuda
Raikan perbezaan selagi tidak menggunakan kaum untuk meraih perhatian - Mahasiswa
Setiausaha Agung Demokrat Universiti Malaya, Krishan Renganathan berkata perbezaan pandangan dalam sebuah negara demokrasi adalah suatu yang lumrah. Jelasnya, batas dalam perbezaan itu adalah tidak menggunakan sensitiviti kaum untuk meraih perhatian dan memancing isu. #DialogAnakMuda
Pupuk sikap mendengar tanpa bersifat emosional, reaksi terburu-buru - Belia
Graduan undang-undang Taylor’s University Malaysia, Faith Ling berkata masyarakat perlu amalkan sikap mendengar dari semua pihak secara terbuka tanpa bersikap emosional dan memberi reaksi secara terburu-buru demi menyantuni perbezaan pendapat yang wujud. Jelasnya, isu seperti konflik Israel-Palestin adalah terlalu kompleks dan perlu diamati dengan berhati-hati demi menjaga keharmonian. #DialogAnakMuda
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.