Kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dengan Malaysia membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata persetujuan itu dizahirkan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman dan Putera Mahkota UAE, Putera Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan, akhir Disember lepas.
"Semasa lawatan saya ke Maghribi, saya sempat menghubungi (menerusi panggilan telefon) kedua-dua putera mahkota itu dan mereka bersetuju untuk bersama-sama kita (Malaysia) membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.
"UAE dan Arab Saudi bersetuju untuk menyalurkan sumbangan dan perubatan di Hospital Medan Malaysia di wilayah Cox's Bazar, Bangladesh dan insya-Allah dalam masa terdekat kita akan melihat tiga bendera iaitu Malaysia, Arab Saudi dan UAE berkibar di bumi Bangladesh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan van sekolah dan replika cek subsidi tambang bas pelajar Ladang Landak di Paloh, dekat sini, di sini hari ini.
Hishammuddin, yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dan Anggota Parlimen Sembrong itu ,berkata bukan mudah untuk tiga negara menggembleng usaha membantu Rohingya, namun, ia dapat membantu meningkatkan imej negara Islam yang selama ini dianggap ektremis, mundur dan bertelagah sesama sendiri.
"Persetujuan sudah dicapai. Kita harap ketiga-tiga bendera sudah dapat dikibar semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kem pelarian itu yang dijangka pada bulan ini," katanya.
Sementara itu, mengenai lawatan ke Maghribi pada 22 hingga 24 Dis lepas, beliau berkata negara itu dilihat boleh menjadi pintu masuk Malaysia dalam membina hubungan dengan negara baharu kerana kedudukan Maghribi terletak antara beua Eropah, Asia Barat dan Afrika.
Beliau berkata hubungan dengan Maghribi juga dapat membantu Malaysia meningkatkan jalinan risikan dan ketenteraan dalam memerangi keganasan.
Menurut Hishammuddin, lawatan ke Maghribi cukup bermakna dan mendapat penerimaan pihak kerajaan Maghribi dan beliau kagum dengan pengiktirafan dan penghormatan kerajaan Maghribi kepada delegasi Malaysia.
Katanya, kaedah Malaysia menangani keganasan seperti Islamic State (IS), Daesh, keselamatan siber, berita palsu dan sebagainya turut dibincangkan pada lawatan berkenaan.
"Hubungan baik dengan Maghribi membolehkan kita dapat berkongsi pelbagai maklumat risikan dan keselamatan antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2018
Hishammuddin Tun Hussein bersama murid-murid sekolah rendah sekitar Paloh ketika penyerahan van sekolah dan replika cek subsidi tambang bas sekolah pelajar Ladang Landak di Pusat Daerah Mengundi UMNO Cawangan Ladang Kekayaan, Paloh. -Bernama
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar dorong pembangunan ekonomi Bangladesh
Upacara perasmian laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar yang dibina dengan kerjasama syarikat China diadakan di sini, pada 11 November.