The Wall Street Journal (WSJ) begitu pantas mengkritik Malaysia, namun ini menampakkan betapa ceteknya pengetahuan dan pemahaman WSJ mengenai negara ini dan sejarahnya, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Dalam surat terbuka kepada harian berpangkalan di New York itu mengenai komentar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam WSJ, Anifah hari ini berkata "suara tentangan" yang bekas ketua pembangkang itu dakwa tidak dapat didengar adalah sebenarnya dominan dalam media berita online Malaysia, yang mempunyai jauh lebih ramai pembaca dari media cetak.
"Jika seseorang meragui "kebebasan asas" rakyat Malaysia, mereka sendiri boleh lihat betapa bebasnya seseorang itu mengkritik kerajaan di laman berita ini," ujar beliau.
"Adalah menyedihkan WSJ termakan dakwaan yang kecewa dan tidak berasas oleh seorang ahli politik dan mengemukakannya sebagai fakta - dengan itu bersikap memihak dalam politik dalaman Malaysia," katanya.
Malahan, kata Anifah, sesetengah pihak bercakap begitu positif tentang Malaysia kebelakangan ini.
"Bloomberg memberi rating kepada Malaysia sebagai pasaran sedang muncul yang kelima paling menjanjikan di dunia pada 2015.
"Dalam Laporan terbaru Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai negara kita berjudul Favourable Prospects for Malaysias Diversified Economy seorang Felo Kanan di Majlis Perhubungan Asing menulis: Perbincangan politik di Malaysia makin jauh lebih terbuka dari sedekad lampau".
"Dan agensi rating Fitch baru-baru ini menaikkan prospek masa depan bagi Malaysia," kata beliau.
Ini adalah hakikat mengenai Malaysia hari ini, kata menteri itu.
Anifah berkata Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi sejak merdeka pada 1957, dan pilihan raya dijalankan dengan berlaku pertandingan sengit, dan pembangkang memenangi lima dari 13 negeri pada 2008.
Perbincangan politik begitu vibran dan lantang, ujarnya.
Dua hari lepas, Anwar dalam artikelnya disiarkan oleh WSJ menyelar kerajaan kerana mengenakan kawalan ketat ke atas kebebasan asasi.
Bernama
Sun Jul 26 2015
ANIFAH: "Jika seseorang meragui "kebebasan asas" rakyat Malaysia, mereka sendiri boleh lihat betapa bebasnya seseorang itu mengkritik kerajaan di laman berita ini. - Gambar Fail
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.
PRU15: Pertembungan dengan Daud Yusof ibarat 'rematch' - Mohamad Alamin
Mohamad menang PRK Kimanis pada Januari 2020 dengan majoriti lebih 2,000 undi menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang.