Pada 1 Mei, negara digemparkan dengan laporan mengenai pelajar Malaysia di London yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown, London.

Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, merupakan pelajar Imperial College baru sahaja setahun melanjutkan pelajaran di sana di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam jurusan Matematik.

Pada 30 April, MARA memaklumkan akan menamatkan biasiswa Nur Fitri serta merta namun dalam satu laporan pada 5 May berkata MARA mahu memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya itu.

Disebabkan laporan tersebut, penggunaan dua hashtag #NoSecondChance dan #KeepPaedophilesAwayFromOurKids meledak di garis masa Twitter.

Dua hashtag tersebut sekali gus membawa kepada satu kempen ketidakpuasan hati netizen terhadap keputusan MARA untuk memberi peluang kedua serta kesedaran ke atas kesalahan pelaku pedofil.

Analisis oleh Politweet.Org

Portal Politweet.Org telah mengeluarkan satu analisis berdasarkan tweet orang ramai berkenaan Nur Fitri, #NoSecondChance dan isu berkaitan dari tarikh 1 sehingga 13 Mei.

Analisis dikira mengikut isi kandungan tweet di dalam jangkamasa tersebut.

Dalam masa yang sama, tweet dari spam dan agensi tidak dikira dalam analisis ini dan mana-mana tweet yang menggunakan hashtag #NoSecondChance tetapi tidak bercakap mengenai isu pedofil juga tidak dikira.

Objektif

Objektif Politweet.Org adalah bagi merangkum pendapat awam mengenai isu Nur Fitri, sama ada menyokong untuk tidak diberikan peluang kedua mahupun yang mahu memaafkan.

Berdasarkan analisis berkenaan, Politweet.Org membahagikan pengguna media sosial ketika isu berkenaan berada dalam enam kategori:

1. Mahu Nur Fitri diberi peluang kedua
2. Nur Fitri perlu diubati dahulu
3. Jangan beri Nur Fitri peluang kedua
4. Jangan maafkan dia / mahu dipenjara seumur hidup
5. Pandangan negatif yang lain
6. Kategori pelbagai

#NoSecondChance

Untuk analisis penuh baca di sini