Anak bekas Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu atas dakwaan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka pada awal tahun lalu.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim memutuskan Ahmad Saiful dihukum penjara 8 bulan atas kesalahan yang dilakukan itu.

Menurut Majistret Mohamad Aizat, keputusan tersebut dicapai selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah terhadap anak Mohamad Sabu itu.

Ahmad Saiful, 32 ditahan bersama 101 individu lain dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, awal tahun lalu.

Dia ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 3 pagi.

Difahamkan Ahmad Saiful bersama rakannya berusia 33 tahun dipercayai sedang berhibur ketika operasi dijalankan.

Ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki itu mendapati dia positif ganja.