Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga 2 Disember (Isnin).
Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan, serta Besut dan Setiu di Terengganu.
Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran cuaca buruk iaitu hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok di Jeli dan Kuala Krai, Kelantan; Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Amaran waspada turut dikeluarkan dengan hujan lebat dijangka berlaku sehingga esok di Gua Musang, Kelantan; Jerantut, Pahang; serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Jabatan itu meramalkan ribut petir melanda kebanyakan negeri di Semenanjung pada petang esok iaitu Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Melaka dan juga bahagian-bahagian lain negeri Sabah dan Sarawak.
Hujan turut diramal berlaku pada petang esok di beberapa negeri termasuk Terengganu, Kelantan dan Perak.
Pada sebelah malam pula, hujan diramalkan melanda beberapa kawasan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Kedah, Perak, Sarawak dan pantai barat Sabah.
Jabatan itu meramalkan ribut petir pada petang 3 Dis (Selasa) di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Johor, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, termasuk beberapa kawasan di Sarawak, di Tawau dan pendalaman Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Manakala, hujan diramal berlaku di Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sandakan dan pantai barat Sabah.
Bagaimanapun, keadaan cuaca di kebanyakan negeri di Semenanjung kecuali Perak, Pahang, Selangor, Kelantan dan Terengganu diramal baik pada sebelah malam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019
Turut diramalkan, ribut petir pada petang Selasa di Putrajaya, Johor, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, termasuk beberapa kawasan di Sarawak, di Tawau dan pedalaman Sabah serta Labuan. - Gambar hiasan
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pengunjung pantai dinasihat berhati-hati kehadiran ulat bulu laut
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengunjungi pantai, susulan penemuan dua ulat bulu laut.
Permainan lato-lato undang risiko keselamatan - CAP
Adalah tidak wajar sekiranya Malaysia meluluskan permainan yang merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.
Paras tiga sungai di Kuantan lebihi paras bahaya
Sungai yang mencatat bacaan melebihi paras bahaya adalah Sungai Lembing, Sungai Kuantan dan Sungai Belat.
Banjir Johor: Tiga sungai rekod paras bahaya
Tiga stesen yang merekodkan data aras sungai di Johor mencatatkan tiga sungai telah melebihi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 8 malam ini sementara empat lagi merekodkan aras amaran.
Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah hingga Rabu ini.
Lima negeri rekod paras air pada tahap bahaya
Sebanyak lapan stesen kendalian JPS membabitkan Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan Melaka menunjukkan paras air berada pada tahap bahaya setakat pukul 8 malam tadi.
PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis
Polis mengingatkan parti politik agar tidak memasang bahan kempen di lokasi dan premis yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Paras sungai lepasi tahap bahaya di Langkawi, Yan, penduduk diminta berwaspada
Penduduk yang tinggal di berhampiran sungai terutama di Langkawi dan Yan diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras sungai lepasi tahap bahaya.
Paras Sungai Padang Terap masih melebihi paras bahaya
Paras Sungai Padang Terap, di Kampung Kubu dalam daerah Padang Terap mencatat penurunan bacaan iaitu 13.40 meter (m) setakat pukul 7 malam ini, bagaimanapun ia masih melebihi paras bahaya.
Jambatan gantung Kampung Mansiang akan dibuat dalam waktu terdekat - ADUN Tulid
Pembinaan jambatan bagi kampung berkenaan telah mendapat kelulusan dari KPLB.