Datuk Alexander Nanta Linggi, 62, yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merupakan Ahli Parlimen dari Sarawak selama lima penggal dan menyandang kerusi Parlimen Kapit sejak 1999 sehingga sekarang.
Perjalanan politik beliau bermula sejak 1983 dengan menyertai Parti Pesaka Bumiputera (PBB) dan menjadi ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda parti itu antara 1983 dan 1989, sebelum menjadi Naib Ketua Pemuda dari 1989 hingga 1998.
Cubaan pertamanya untuk menjadi wakil rakyat bermula dalam pilihan raya negeri bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pelagus tahun 1991 namun tewas tipis kepada penyandangnya ketika itu, Datuk Sng Chee Hua dengan majoriti 642 undi.
Beliau berjaya menjadi Ahli Parlimen Kapit dalam cubaan pertamanya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 dalam tahun 1999 dan seterusnya mempertahankan kerusi itu dalam empat PRU berturut-turut bermula 2004.
Selepas menyandang kerusi Parlimen Kapit untuk penggal keempat dalam tahun 2013, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sehingga sebelum PRU-14 dalam tahun 2018.
Berikut adalah biografi Alexander Nanta:
Nama: Datuk Alexander Nanta Linggi
Isteri: Datin Angelina Celestine Ujang
Tarikh Lahir:16/06/1958 (62 tahun)
Bilangan anak: (Empat orang)
Pendidikan:
- Higher National Diploma In Business, Britain (1983)
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan, Schiller International University, London (1983)
- Norwich City College, Norfolk, United Kingdom (1980-1982)
- Sekolah Menengah Bantuan St Joseph, Kuching, Sarawak (1971-1977)
- Sekolah Rendah Bantuan St Joseph, Kuching, Sarawak (1969-1970)
- Methodist Primary School, Kapit, Sarawak (1965-1968)
Kerjaya (Kerajaan):
- Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (2013-2018)
- Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak (1992-2000)
Kerjaya (Politik):
- Ahli Parlimen Kapit untuk penggal kelima (2018 hingga sekarang)
- Ahli Parlimen Kapit untuk penggal keempat (2013-2018)
- Ahli Parlimen Kapit untuk penggal ketiga (2008-2013)
- Ahli Parlimen Kapit untuk penggal kedua (2004-2008)
- Menjadi Ahli Parlimen untuk kali pertama di Parlimen Kapit selepas menang dalam pertandingan tiga
penjuru (1999-2004)
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020
Datuk Alexander Nanta Linggi, 62, yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merupakan Ahli Parlimen dari Sarawak selama lima penggal dan menyandang kerusi Parlimen Kapit sejak 1999 sehingga sekarang. - Facebook
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Kempen beli barangan Malaysia ditambah baik - Nanta
Kempen Beli Barangan Malaysia akan terus ditambah baik sejajar dengan keperluan untuk merancakkan sektor perusahaan kecil dan sederhana PKS.
Turun harga pelitup muka bukan dibuat secara mengejut - Menteri KPDNHEP
Keputusan kerajaan menurunkan harga siling bagi pelitup muka pada kadar RM1 seunit daripada RM1.20 bukan dibuat secara mengejut.
Harga siling pelitup muka turun RM1.20 menjelang 15 Ogos
Bagaimanapun, harga ini mungkin boleh diturunkan lagi berdasarkan penilaian berterusan ke atas kedudukan bekalan dan harga pelitup muka.
Dasar penetapan harga petrol, diesel tidak berubah - KPDNHEP
Penetapannya masih melalui APM yang dipengaruhi harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia.
Kadar baharu gunting rambut tidak boleh bebankan pengguna - Menteri
Kadar baharu harga gunting rambut mestilah sejajar dengan kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh pekedai dan bukan membebankan pengguna.
PENJANA lonjak niaga digital hadapi norma baharu - Menteri KPDNHEP
PENJANA yang dirangka kerajaan bagi menghadapi cabaran susulan pandemik COVID-19, membuka peluang lebih luas dalam usaha menghidupkan semula ekonomi.
KPDNHEP terus lakukan pemantauan harga barang menjelang Gawai
Pemantauan di premis-premis perniagaan dan pasar basah juga tetap akan dijalankan terutamanya menjelang perayaan Gawai Dayak tidak lama lagi.
COVID-19: Stok bekalan makanan negara mencukupi - Alexander
Stok bekalan makanan dan barang keperluan asas negara dalam menghadapi tempoh pandemik COVID-19 ketika ini mencukupi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Penetapan harga barang pengguna bukan bersifat politik
Penetapan harga barang pengguna bukan bersifat politik sebaliknya ditentukan melalui teori asas ekonomi iaitu faktor permintaan dan bekalan.
GPS sokong Muhyiddin, demi kestabilan Kerajaan Persekutuan
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.