Nampaknya krisis melibatkan pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing masih belum selesai walaupun pindaan terhadap beberapa akta telah diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Malah, krisis itu dilihat semakin meruncing apabila Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan beliau akan terus 'mengugut' Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam membantu nasib pemandu teksi.
Bagaimanapun, pengguna media sosial terus bersifat kritis terhadap perkhidmatan teksi yang dilihat masih ditakuk lama jika dibandingkan dengan perkhidmatan e-hailing yang jauh lebih baik.
"Kami sebagai rakyat mahukan perkhidmatan teksi yang tidak menipu jumlah tambang, bersopan santun, mengikuti undang-undang, selain keadaan teksi yang sentiasa bersih dan tidak uzur," kata pengguna Facebook, Azamuddin Adnan.
Vijay Kumar Vijay pula menyifatkan pelbagai perkhidmatan teksi di negara ini sentiasa bermasalah.
"Teksi terlalu mahal, baru jalan depan sikit, meter dah naik mendadak. Seram saya tengok meter tu.
"Bila kita panggil Grabcar atau Uber, harganya tetap dan tiada rundingan dengan pemandu selain pengguna dapat melihat butiran peribadi pemandu. Ia lebih selamat dan meyakinkan," katanya.
"Pemandu teksi pun jangan memilih sangat lokasi yang diminta penumpang. Alasan sesak, tak guna meter, suka hati caj; ini semua antara masalah mereka. Siapa yang nak sokong pemandu teksi kalau perangai begini," ujar Izwan Shaari.
Malah, ramai menyifatkan kenderaan yang digunakan pengendali e-hailing lebih selesa.
"Best juga naik Grabcar sebenarnya. Rasa macam ada pemandu sendiri tidak rasa seperti menaiki teksi," kata pengguna twitter, Eyrfaaa.
"Orang sekarang lebih selesa dengan Grabcar & Uber kerana tambang telah diketahui lebih awal. Ugut pun tak guna kerana melanggan atau tidak adalah hak pengguna," kata Madblog.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jan 12 2018
Pengguna media sosial terus bersifat kritial terhadap perkhidmatan teksi yang dilihat masih ditakuk lama jika dibandingkan dengan perkhidmatan e-hailing. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.
Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi
Fahmi berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini telah mencapai kata putus.
Tetapkan harga lantai e-hailing, tambang mungkin naik - Anthony
MOT belum berhasrat untuk mengawal selia tambang e-hailing buat masa kini kerana sekiranya harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat.
Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham
Pemandu e-hailing yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita terjun dari kenderaan yang dinaikinya di Jalan Temasya Glenmarie, Rabu lalu disahkan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.
GEM yakin penubuhan SEGiM bantu lindungi penggiat industri gig
GEM yakin penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dapat menambah baik perlindungan sosial serta kebajikan penggiat industri gig.
Sikap pengendali ekonomi gig sukarkan usaha tambah baik sistem perlindungan keselamatan sosial
Beliau beberapa kali cuba mengatur pertemuan bersama pihak pengurusan syarikat bagi membincangkan isu berkenaan, namun tidak berhasil.
Grab berhentikan 1,000 pekerja
Pekerja yang diberhentikan akan menerima pembayaran separuh bulan untuk setiap perkhidmatan yang diselesaikan serta sagu hati.
Kementerian Sumber Manusia sedang rangka polisi bagi menjamin keselamatan sosial pekerja e-hailing
V. Sivakumar berkata ia kini dalam proses penggubalan dasar di peringkat kementerian.
Keselamatan sosial pekerja e-hailing, kerajaan rancang wujud akta - Ahmad Zahid
Kerajaan merancang mewujudkan akta bagi menjamin keselamatan sosial kepada golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.