Sejumlah 15 individu antara yang ditahan pada Jumaat kerana menyertai aktiviti sukan sentuh.

Itu antara perkara utama yang disampaikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut lima perkara penting yang dinyatakan beliau:

1. 77 individu ditahan polis atas kesalahan ingkar arahan PKPP, 13 direman, 64 dikompaun

2. Mereka sertai aktiviti sukan sentuh (15), aktiviti pub atau kelab malam (12), aktiviti yang melanggar SOP (50)

3. Op Benteng: Polis tahan 9 warganegara asing kerana kesalahan imigresen

4. 1,171 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 pada 3 Julai

5. Penguatkuasa KPDNHEP lakukan 1,722 pemeriksaan premis; 11 diberi nasihat dan 4 lagi diberi amaran