PELANGGAN-PELANGGAN stesen televisyen satelit Astro boleh menikmati akses tanpa had selama 24 jam bagi saluran terpilih Astro sempena dengan sambutan Hari Ibu Bapa.

Akses percuma itu ditawarkan pada 10 hingga 12 Mei bersempena dengan sambutan Hari Ibu dan 14 hingga 16 Jun (Hari Bapa).

Para pelanggan Astro juga boleh mengakses kandungan terpilih On Demand semasa tempoh pratonton percuma untuk menikmati set tayangan seperti Ana Anak Ibu, Air Tangan Bonda, Abah dan Pa & Ma.

Di samping itu, pendengar-pendengar di stesen radio Astro juga diberi peluang untuk menyampaikan dedikasi istimewa kepada ibu bapa mereka menerusi siaran di udara.

Dan sekiranya ada dalam kalangan pelanggan Astro yang berhajat membeli hadiah istimewa buat ibu bapa mereka, Go Shop menawarkan diskaun eksklusif sehingga 60 peratus dan tawaran hebat bermula serendah RM34 untuk Hari Ibu Bapa.

Saluran pratonton percuma Hari Ibu Bapa termasuk saluran 395, 435, 731 dan 734 akan menyiarkan program-program seperti “Get It Beauty on The Road in Malaysia 2”, “Beautiful Days”, “My Lottery Dream House” musim keempat dan “Car Fix” musim ketujuh.