Jenazah penduduk Kampung Lay Out Tok Saboh, di sini, Siti Fatimah Mohamad Nor, 65 tahun, yang meninggal dunia di Melbourne, Australia, 18 hari lalu selamat tiba di tanah air pagi tadi.
Anak kedua arwah, Zalimi Abd Ghani, 39 tahun, berkata, jenazah ibunya yang meninggal di rumah abangnya pada 11 Jun lalu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dari Sydney, Australia jam 5 pagi.
Menurutnya, jenazah kemudian diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan jam 8.30 pagi tadi sebelum tiba sejam kemudian.
Menurutnya, jenazah terus di bawa ke Masjid Kuala Besut dengan menaiki sebuah van jenazah untuk disembahyangkan kira-kira jam 11 pagi.
“Selesai solat jenazah terus dibawa ke tanah perkuburan Islam Pekan Baru Kuala Besut untuk dikebumikan berdekatan kubur arwah bapa, Abd Ghani Latif dan kakak saya, Zalifah,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu.
Zalimi berkata, jenazah ibunya selamat dikebumikan kira-kira jam 12 tengahari yang turut disaksikan adik beradik dan saudara mara turut berada di situ.
“Kami amat gembira kerana jenazah mama akhirnya sampai dan dapat dikebumikan di tempat sendiri selepas menempuhi sedikit kesulitan dalam urusan membawa pulang jenazahnya.
“Saya bagi pihak adik beradik juga ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak iaitu kerajaan negeri Terengganu, penyumbang dan seluruh rakyat Malaysia serta Amal Team yang membantu sehinggalah membolehkan jenazah ibu di bawa pulang untuk dikebumikan di sini,” katanya.
Sebelum ini jenazah Siti Fatimah dijangka tiba di Malaysia pada 19 Jun lepas tetapi disebabkan masalah teknikal menyebabkan urusan tersebut ditunda.
Kisah wanita itu yang pergi ke Australia pada Oktober tahun lepas untuk menziarahi anak-anaknya yang bekerja di sana tular di media sosial apabila ahli keluarga arwah memohon sumbangan RM30,000 bagi urusan membawa pulang jenazah ke tanah air.
Keluarga terbabit tidak mampu mendapatkan wang tersebut sebagaimana yang diperlukan oleh pihak yang menguruskan kepulangan jenazah di Australia.
Bagaimanapun dana mereka mencukupi hasil sumbangan orang ramai dan kerajaan negeri sehari selepas tular rayuan tersebut.
Sinar Harian
Fri Jun 28 2019
Anak-anak Allahyarham Siti Fatimah memberi penghormatan terakhir ibu mereka sebelum dikebumikan pagi tadi. - Foto Sinar Harian
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.