Satu akaun Twitter palsu dikesan menggunakan nama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Akaun berkenaan menggunakan nama @cheminahsayang selain turut meletakkan gambar Raja Permaisuri Agong sebagai profil di Twitter berkenaan.

Malah akaun itu turut menaikkan beberapa entri termasuk berkaitan politik semasa.

Difahamkan setakat ini akaun palsu berkenaan sudah menaikkan lebih 10 entri sejak malam Ahad.

Sementara itu, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah di dalam laman Twitter milik peribadinya mengesahkan perkara berkenaan.

"Fake account. Please report," kata beliau yang turut memuat naik tangkap layar akaun Twitter palsu berkenaan pada Isnin.