Seorang peniaga wanita maut selepas dihempap sebatang pokok asam jawa ketika sedang berniaga di tapak Pasar Balai Baharu di Beseri, Padang Besar, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu, mangsa Chok Ai Yee, 44 tahun, maut sebaik tiba di hospital akibat kecederaan parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Muhamad Halim Yatim mengesahkan kejadian malang itu.

Mangsa dikatakan maut akibat dihempap pokok sebesar pemeluk.

Pokok yang menghempap gerai Chok Ai Yee, 44 tahun, sehingga mengakibatkan kematiannya. - Astro AWANI
Ketika kejadian, mangsa bersama suaminya, Loh Kon Wha, 46, sedang berkemas sebaik habis berniaga.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan tiada unsur jenayah di tempat kejadian.