Prinsip Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan perlu sentiasa dipraktikkan ahli politik kerana mereka adalah 'kunci' bagi memupuk penghayatan terhadap falsafah negara itu sekali gus mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata ahli politik perlu menunjukkan teladan yang baik selain menghayati Rukun Negara secara keseluruhan sekali gus menjadi model peranan kepada warga Malaysia.
Beliau berkata teras kelima dalam Rukun Negara itu harus menjadi pemandu kepada ahli politik dalam melaksanakan tugas mereka tanpa menggunakan identiti politik, agama dan ras demi kepentingan masing-masing.
Mengambil contoh situasi pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung, beliau berkata ahli Parlimen tidak seharusnya berkelakuan tidak sopan dengan menggunakan kata-kata kesat ketika berbahas kerana persidangan itu ditonton oleh semua golongan masyarakat.
"Jadi bila rakyat tengok, mereka akan ikut, kalau kita lihat Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak pernah terpekik-pekik dan menjerit ketika berbahas, begitu juga dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Mereka berbahas secara baik dengan disertakan fakta dan statistik, jadi kita memerlukan kepimpinan sebegitu yang mana elemen kesopanan itu ada," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program 'The Nation' terbitan Bernama TV semalam.
Sependapat dengan beliau ialah penulis, aktivis kebudayaan dan penaung Pusaka, Eddin Khoo, yang berkata dalam memupuk penghayatan lima teras Rukun Negara, ia perlu dimulakan di bangku sekolah.
Anak sulung tokoh sejarah iaitu mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim itu berkata Rukun Negara bukan sekadar untuk dihafal semata-mata, tetapi perlu diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
"Dalam kelas sendiri, semangat itu seharusnya berleluasa, bukan melalui program sahaja tetapi melalui perbincangan dalam kelas. Kalau dulu, kita ada mata pelajaran Sivik, tetapi pada masa itu, pengajaran tidak begitu memberangsangkan, ia sebenarnya satu mata pelajaran penting," katanya.
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 bersempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-13 susulan peristiwa 13 Mei 1969.
Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bermula pada 9 Julai dan akan berlangsung sehingga 16 Sept depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 bersempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-13 susulan peristiwa 13 Mei 1969.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.
'Ada YB bina jambatan ke kebun sendiri'
Nor'izah mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.