Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menasihatkan semua pihak untuk mencari titik persamaan dan bukannya perbezaan dengan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
Baginda bertitah demikian merujuk kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei lalu.
"Rakyat telah membuat keputusan. Oleh itu, semua pihak hendaklah akur dan berlapang dada, tidak emotional, tidak mewarnai pemikiran bermodal fitnah dan sentimen melulu, sempit dan tertutup.
"Beta berharap semua pihak hendaklah berusaha melakukan penjernihan yang ikhlas dan bersungguh-sungguh bagi mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni," titah baginda ketika ucapan perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14.
BACA: "Yang Berhormat, jangan lari..." - Pesanan Agong cuit hati Ahli Parlimen
BACA: Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST kerajaan
Titah baginda disambut baik oleh Ahli Parlimen, baik dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dari DAP menyambut baik saranan Yang di-Pertuan Agong dan berharap semua pihak dapat mengamalkan politik matang dan berasaskan kebenaran.
"Yang di-Pertuan Agong sendiri memberi nasihat tersebut dan saya merasakan ia wajar diberi tumpuan oleh semua pihak," kata beliau.
Pendapat tersebut turut dikongsi Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dari UMNO yang menyifatkan sudah tiba masa untuk politik yang lama dan sempit diketepikan.
"Kita harus mengamalkan politik yang tidak toksik dan matang supaya kita boleh bertindak sebagai pembangkang yang berwibawa," kata Khairy.
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Tue Jul 17 2018
Sultan Muhammad V bertitah susulan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.