Agenda Bumiputera dalam Pelan Kemakmuran Bersama merupakan pemangkin yang merencana kaedah untuk memastikan keseimbangan mengecapi agihan ekonomi dalam kalangan usahawan pelbagai kaum dan bukan hanya dimonopoli kaum tertentu semata-mata.
Pengerusi Biro Ekonomi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BE-Bersatu) Tan Sri Abdul Aziz Yassin dalam satu kenyataan hari ini berkata mekanisme pengisian agenda berkenaan yang dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang berakhir semalam, perlu direstui, disokong dan dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan yang mahu menjuarai semangat Malaysia Baharu.
Beliau berkata Agenda Bumiputera dalam era Malaysia Baharu harus dilihat dalam konteks keseimbangan dan dinamika generasi hari ini.
"Era teknologi digital telah menjadi pemisah antara generasi, atau lebih tepat generasi celik IT dengan generasi buta IT. Jika tidak ditangani dengan bijak, jurangnya akan menjadi lebih besar dan menyebabkan ada pihak tertinggal dan tidak termaklum akan perkembangan terkini.
Ekonomi era digital telah berkembang pesat dan diterima pakai secara terkini dan membolehkan urusan perbankan, perolehan, sumber manusia, pengenalan produk dan perkhidmatan, pemasaran dan penghantaran boleh dipromosi, diselidik, disahkan, dibayar dan dihantar melalui transaksi maya," katanya.
Abdul Aziz yang juga Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu turut berkata pengurusan terhadap pengumpulan dan pemilikan Data Raya mengenai usahawan Melayu-Bumiputera perlu dipantau dan dikawal selia secara menyeluruh agar tiada siapa yang terpinggir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan individu, institusi atau parti tertentu semata-mata.
Dalam pada itu, beliau berkata kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0 tidak dilihat sebagai suatu ancaman tetapi suatu peluang dalam menggerakkan kebolehan dan keupayaan selepas meneroka dan memahami kaedah pelaksanaan pelbagai jenis karier dalam perspektif baharu.
"Biro Ekonomi percaya bahawa Agenda Bumiputera ini boleh dicapai melalui keserasian yang lebih padu dalam kalangan setiap lapisan pemimpin Bersatu dengan penglibatan aktif dan agresif generasi muda Armada dan Srikandi," katanya.
BE-Bersatu akur bahawa platform memperkukuh kedudukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera perlu diambil perhatian serius agar mereka tidak ketinggalan dalam menghadapi persaingan dunia perniagaan dan keusahawanan terutama dalam era teknologi digital dan bahang Revolusi Perindustrian 4.0.
Bernama
Mon May 06 2019
Revolusi Perindustrian 4.0 tidak dilihat sebagai suatu ancaman tetapi suatu peluang dalam menggerakkan kebolehan dan keupayaan selepas meneroka dan memahami kaedah pelaksanaan pelbagai jenis karier dalam perspektif baharu. - Gambar fail
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
Agenda Bumiputera pemangkin agihan ekonomi pelbagai kaum
Agenda Bumiputera dalam Pelan Kemakmuran Bersama merupakan pemangkin yang merencana kaedah untuk memastikan keseimbangan mengecapi agihan ekonomi dalam kalangan usahawan pelbagai kaum.