BANGI:Kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, akibat impak daripada COVID-19, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
Beliau berkata Kajian Pengesanan Graduan 2019 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menunjukkan 41,161 graduan pada tahun lepas masih belum bekerja, dan dengan unjuran 75,000 bagi tahun semasa, maka dianggarkan 116,161 graduan perlu diberikan perhatian untuk kebolehpasaran mereka.
Berucap pada pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, beliau berkata, KPT mengambil beberapa ikhtiar untuk membantu graduan terjejas.
"Ini termasuklah menyediakan kemudahan bantuan dana kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, termasuklah inisiatif MyBrain Science; Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi dan Bantuan Kewangan pelajar OKU (Orang Kelainan Upaya)," katanya selain mencadangkan penerusan pelaksanaan program MyBrain 15.
Noraini berkata, KPT juga melaksanakan proses padanan pekerjaan kepada graduan yang masih belum bekerja dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi portal MyFutureJobs, selain memperkenalkan Skim Pembiayaan Mikro dengan kerjasama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) bagi membantu mahasiswa mengembangkan perniagaan.
Beliau berkata KPT akan memeterai memorandum persefahaman dengan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dimana PUNB akan membiayai program keusahawanan berkonsepkan mentor-mentee, untuk membolehkan bimbingan secara langsung daripada usahawan yang berjaya.
Selain itu katanya, bagi memudahkan bakal graduan membangunkan kerjaya dan meningkatkan kebolehpasaran mereka, KPT membangunkan portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT) yang menyediakan padanan pekerjaan; permohonan program reskilling dan upskilling; permohonan penajaan melanjutkan pengajian; dan kaunseling kerjaya.
"Kementerian yakin inisiatif seumpama ini mampu memberikan impak dan nilai tambah kepada graduan, terutamanya dalam menangani isu kebolehpasaran graduan," katanya.
Sementara itu, Noraini berkata Kajian Pengesanan Graduan 2019 menunjukkan seramai 189,543 graduan atau 63.5 peratus daripada 330,557 graduan pada tahun lepas, berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian mereka.
"Manakala 49,875 graduan atau 16.7 peratus sedang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi; 4,029 atau 1.3 peratus sedang mengikuti latihan meningkatkan kemahiran; manakala 13,943 atau 4.7 peratus telah menerima tawaran pekerjaan dan sedang menunggu penempatan," katanya.
Sementara itu Noraini berkata, seramai 20,000 graduan dijangka mendapat manfaat di bawah program PENJANA KPT-CAP yang melibatkan sinergi dengan lebih 100 buah syarikat dengan tiga program utama, iaitu Job Matching and Replacement, Program Berterusan Keusahawanan dan Gig Economy.
"Saya yakin melalui strategi yang betul, kita mampu mencapai kejayaan yang lebih cemerlang bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dan dalam masa yang sama menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi negara," katanya dan menyatakan pelaksanaan dan pemantauan program itu akan bermula pada 16 Okt depan sehingga 31 Dis dengan penempatan bermula 1 Jan 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020
Kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, akibat impak daripada COVID-19. -Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh PTPTN berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam.
Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI
Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.
Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI
Ramai yang sanggup menerima pekerjaan tidak mahir dan separa mahir serta bergaji rendah untuk mengelakkan pengangguran.
TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
Kerjasama kukuh dengan industri, kadar kebolehpasaran graduan UNITEN 96.8 peratus
Libat urus berterusan dengan pihak industri dapat memberi peluang pekerjaan cerah kepada penuntut universiti.
Graduan perlu progresif kembang potensi diri, manfaat bidang baharu - Tunku Mahkota Kedah
Titah Tuanku Pro-Canselor, dunia kini telah berubah dengan cepat dan banyak industri baharu yang muncul saban hari.
10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor'
Mohd Akhmarudi dan Musliza dari Bachok, Kelantan berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Manfaat AI, jadikan diri lebih berdaya saing - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin bertitah, graduan perlu bersedia untuk memperbaiki diri agar lebih berkeupayaan berbanding AI.
Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah
Baginda percaya UUM boleh memainkan peranan proaktif dalam memperkenal dan melaksanakan perancangan ini.
Baru bergraduasi, gaji bulanan sudah RM15,000
Beliau yang kini bergelar pembangun laman sesawang, merupakan graduan kohort pertama untuk program berkenaan di UUM sejak diperkenalkan pada 2019.