Sejumlah 62 anggota kongsi gelap ditahan di tiga negeri dalam Ops Cantas Khas sejak semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Khalid berkongsi kejayaan itu dalam laman Twitter rasminya hari ini.

"Syabas JSJ @PDRMsia sejak 18 Julai tangkap 62 orang ahli kongsi gelap di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dalam Ops Cantas Khas. Operasi masih berjalan. #GoPDRMGo," katanya.

-- BERNAMA