53 buah motosikal dan lapan buah kereta yang diletakkan di kawasan parkir blok 41, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Susulan itu Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 pagi menggerakkan empat jentera bersama 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kira kira 10 minit kemudian, api didapati sedang marak.

Sejumlah 53 buah motosikal mengalami kemusnahan sepenuhnya, manakala lapan buah kereta pula rosak teruk 60 hingga 80 peratus.

Pasukan bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 5.47 pagi.

53 motosikal mengalami kemusnahan sepenuhnya, manakala lapan kereta pula rosak teruk 60 hingga 80 peratus. - Foto Astro AWANI

Kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan mangsa dan punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Pasukan polis juga sedang menyiasat jika kejadian mempunyai unsur khianat.