Sejumlah 50 peserta dari seluruh dunia akan berentap untuk merebut gelaran edisi ke-20 Ratu Cantik 'Miss Toursim International 2017' di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel.
Pengasas dan Presiden D'Touch International Sdn. Bhd.,Tan Sri Danny Ooi berkata, selaku penganjur, pihaknya turut membantu Tourism Malaysia dalam mempromosikan 'Tahun Melawat Malaysia 2020' bagi mencapai sasaran 33 juta pelancong melawat negara ini pada tahun berkenaan.
"Kami bercadang menambah penyertaan kepada 60 peserta pada tahun depan, 70 pada 2019 dan 80 peserta dari seluruh dunia pada tahun 2020," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada pertandingan pusingan akhir dunia itu, Malaysia akan diwakili pelajar berusia 24 tahun, Melissa Ng Sook Khuan, yang juga merupakan model sambilan.
Pertandingan bertemakan: 'Mempromosikan Pelancongan, Kebudayaan dan Persahabatan' itu turut menyaksikan perebutan lima lagi gelaran sampingan iaitu 'Miss Tourism International Metropolitan 2017/2018, 'Miss Tourism Global 2017/2018', 'Miss Tourism Cosmopolitan International 2017/2018', 'Dreamgirl Of The Year International 2017/218" serta gelaran khas 'Miss South East Asia Tourism Ambassadress.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2017
Peserta Malaysia, Melissa Ng Sook Khuan memegang poster '#sayangmalaysia' dan bergambar bersama 47 peserta yang menyertai pertandingan 'The 20th Miss Tourism International World Final'. - Foto BERNAMA
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
50 peserta bersaing gelaran Ratu Cantik Pelancongan 2017
Sejumlah 50 peserta dari seluruh dunia akan berentap untuk merebut gelaran edisi ke-20 Ratu Cantik 'Miss Toursim International 2017' di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel.