SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:
1. Projek Demonstrasi 5G
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan merasmikan Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Langkawi malam ini. Sebelum itu, beliau akan mengadakan lawatan ke projek tersebut di Hospital Sultanah Maliha di pulau itu.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo meninjau keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, salah satu lokasi di mana demonstrasi penggunaan teknologi 5G akan diadakan.
Pada masa sama, terdapat segelintir pihak yang menyatakan penggunaan teknologi generasi kelima (5G), yang akan diperkenalkan di Malaysia tahun ini, boleh membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser.
Bagaimanapun, semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menafikannya, mengatakan 5G yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik adalah jauh lebih rendah daripada radiasi yang dikeluarkan telefon pintar atau pancaran sinaran matahari.
2. BN menang di Kimanis
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya kecil kawasan itu pada Sabtu. Calonnya Datuk Mohamad Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi, manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) meraih 10,677 undi.
Susulan itu, Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu menunjukkan kepimpinan PH perlu memikirkan langkah yang lebih berkesan untuk memenangi semula hati rakyat sementara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kekalahan Warisan itu mungkin disebabkan pengundi di kawasan itu belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan PH.
Kemenangan Mohamad itu dianggap kesinambungan kepercayaan pengundi di Parlimen itu terhadap BN, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mohamad sendiri menyifatkan kemenangannya itu mencerminkan kedewasaan pengundi di Parlimen tersebut.
Seorang penganalisis politik, Datuk M Periasamy berpendapat, kemenangan BN jelas menunjukkan rakyat Sabah mahu menyampaikan hasrat 'protes' terhadap kerajaan negeri yang diterajui Warisan.
Pensyarah Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah Saat Awang Damit pula berpandangan, pengundi Kimanis tidak berminat dengan penjelasan mengenai program Pas Sementara Sabah, salah satu isu yang ditimbulkan ketika kempen Kimanis Memilih.
3. Dos vaksin influenza
Kira-kira 200,000 dos vaksin influenza akan dibawa masuk dalam masa dua bulan ini bagi memenuhi permintaan yang mendadak bagi vaksin itu pada masa ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata 16,800 dos sudah tiba di negara ini semalam, manakala selebihnya akan tiba secara berperingkat.
Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendakwa klinik swasta berdepan kekurangan kritikal bekalan vaksin untuk pencegahan influenza daripada empat syarikat pembekal utama. Presidennya Dr N Ganabaskaran mendakwa kekurangan itu adalah kerana klinik swasta tidak diberi keutamaan untuk mendapatkan bekalan vaksin berkenaan, berbanding hospital swasta.
4. Kadar tol Lebuhraya PLUS
Susulan pengumuman kerajaan kadar tol dikurangkan sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS bermula 1 Feb ini, banyak pihak lega dengan keputusan itu, terutamanya pengguna lebuh raya.
Pengumuman itu sekali gus melenyapkan desas-desus mengenai penjualan syarikat konsesi terbesar negara itu dan isu pengambilalihan PLUS yang menarik minat sekurang-kurangnya lima pembida termasuk Maju Holding Sdn Bhd dan ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad serta rakan kongsi, Datuk Wong Gian Kui.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pendekatan itu dilaksanakan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan juga bagi memastikan sebarang keuntungan turut dimiliki oleh rakyat.
5. Keputusan Liga Perdana Inggeris
Newcastle United 1-0 Chelsea
Norwich City 1-0 Bournemouth
Arsenal 1-1 Sheff Utd
West Ham United 1-1 Everton
Manchester City 2-2 Crystal Palace
Brighton & Hove Albion 1-1 Aston Villa
Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Sabtu di sini.
Astro Awani
Sat Jan 18 2020
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.