SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu:

1. Kimanis Memilih hari ini

Selepas dua minggu, hari ini kemuncak Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis. Seramai 29,619 pengundi akan tunaikan tanggungjawab bermula 7.30 pagi.

2. Pampasan mangsa nahas pesawat Ukraine

Kanada umum pemberian pampasan kepada 57 keluarga warganegara dan 29 keluarga penduduk tetap Kanada yang jadi mangsa nahas pesawat Ukraine International Airways.

3. Pemimpin Iran pertahan tentera negara

Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mempertahankan pasukan tentera negara itu selepas insiden tembak jatuh pesawat Ukraine International Airlines.

4. 'Bakara': Black Hawk Down versi Malaysia

Selepas Paskal Dan Wira, Pengarah Adrian Teh akan kembali dengan satu satu lagi filem aksi pertempuran, Bakara, yang memaparkan kejadian sebenar pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam misi menjaga keamanan di Somalia.

5. Ashley Young ke Inter Milan

Pemain Manchester United Ashley Young melengkapkan perpindahan secara rasmi ke Inter Milan dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar 1.28 juta pound.

Baca juga 10 Berita Pilihan sepanjang Jumaat di sini.