Lima buah buku termasuk Hang Tuah: Catatan Okinawa yang diterjemah ke dalam bahasa Jepun dilancarkan di Tokyo hari ini.
Berucap menyempurnakan majlis pelancaran, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, usaha ini merupakan inisiatif kerjasama antara Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Japan Malaysia Association (JMA) dengan sokongan tiga universiti awam iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Selain Hang Tuah: Catatan Okinawa, turut dilancarkan Islamic Finance Fundamentals With Applications in Malaysia, The Basics of Islamic Finance With Applications in Malaysia, Halal: All That You Need To Know dan Beautiful Malaysia.
Maszlee berkata, pelancaran lima judul itu merupakan permulaan kepada lebih banyak lagi projek terjemahan dan penerbitan buku-buku Malaysia ke bahasa Jepun yang akan diusahakan dalam masa terdekat.
Katanya, usaha terjemahan dan penerbitan buku ini penting untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Ia dilancarkan di gedung Kinokuniya Shinjuku di Tokyo.
Turut hadir Presiden Kinokuniya Co. Ltd., Encik Masashi Takai dan Pengarah Eksekutif JMA, Encik Takakazu Ogawa. Profesor Dato’ Dr. Nor Aeni Mokhtar, Naib Canselor UMT; Profesor Madya Dato' Dr. Noraien Mansor, Pengarah Penerbit UMT; Puan Kamariah Mohd Saidin, Pengarah Penerbit UPM dan Puan Siti Rafiah Sulaiman, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan ITBM hadir sama.
Menurut Maszlee, usaha itu bertepatan dengan kempen Dekad Membaca Kebangsaan yang digerakkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KLBACA! iaitu kempen Kuala Lumpur ke arah Kota Buku Dunia 2020.
"KPM akan teruskan usaha untuk memastikan aktiviti penterjemahan bergiat lebih aktif termasuk terjemahan buku-buku dalam bahasa Melayu ke bahasa asing serta dari bahasa asing ke bahasa Melayu. Ini akan meningkatkan ekonomi penterjemahan.
"Dalam masa yang sama akan ada pemindahan pengetahuan dalam bidang penterjemahan. Ini penting supaya semua kajian kita dirujuk termasuk karya universiti-universiti tempatan," kata beliau.
Malah kata beliau, KPM akan memastikan universiti-universiti awam menjadi penggerak utama program terjemahan dengan kerjasama ITBM.
"Selain itu, pelancaran hari ini juga membuka peluang kepada sektor halal Malaysia untuk berkembang termasuk program latihan untuk industri halal di Jepun dan negara-negara lain selepas ini. Peluang ekonomi yang besar kepada kedua-dua negara," kata YB Dr Maszlee.
Menurut beliau, satu Memorandum Persefahaman (MoU) turut ditandatangani antara ITBM, JMA dan Kinokuniya Jepun bagi pengedaran buku-buku terbitan ITBM dan JMA di kedai-kedai buku terpilih Kinokuniya di Jepun.
Melalui MoU ini, buku-buku hasil kerjasama ITBM dan JMA boleh didapati di pasaran Jepun, sekali gus menyebar luas karya penerbitan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Program pelancaran ini diadakan sempena lawatan kerja YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun.
Kenyataan Media
Tue Nov 06 2018
Maszlee berkata, pelancaran lima judul itu merupakan permulaan kepada lebih banyak lagi projek terjemahan dan penerbitan buku-buku Malaysia ke bahasa Jepun. - Foto Kementerian Pendidikan
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
5 buku Malaysia diterjemah, terokai pasaran Jepun
Lima buah buku termasuk Hang Tuah: Catatan Okinawa yang diterjemah ke dalam bahasa Jepun dilancarkan di Tokyo hari ini.
Pelancaran Astro Kasih 'Beautiful Malaysia' di Sabah
Astro bakal mencatat rekod dunia Guinness dan komited dalam mempromosikan eko-pelancongan di kalangan rakyat Malaysia.