Keseronokan 34 individu berhibur dalam parti liar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berpanjangan apabila ditahan dalam dua serbuan polis di sekitar Senai dekat Kulai awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Afzanizam Yahaya berkata dalam kedua-dua serbuan pada kira-kira 12.40 tengah malam ke atas dua kediaman yang dipercayai inap desa, polis berjaya menahan 21 lelaki dan enam wanita warga tempatan serta tujuh wanita warga Vietnam.
Kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 16 hingga 38 tahun.
"Siasatan awal mendapati kesemua mereka bukan penghuni premis itu serta gagal memberi alasan munasabah untuk berkumpul," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan yang dijalankan, pihak polis turut merampas dadah dipercayai jenis serbuk ekstasi seberat 247.29 gram, ketamin 8.07 gram serta dua biji pil ekstasi.
Afzanizam berkata 28 daripada mereka positif dadah jenis ketamin dan amfetamin manakala tiga lagi mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 25 Mei.
Katanya kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 serta Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 20 2020
Siasatan awal mendapati kesemua mereka bukan penghuni premis itu serta gagal memberi alasan munasabah untuk berkumpul. - Gambar hiasan
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
34 individu ditahan sertai parti liar di dua lokasi di Senai
Kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 16 hingga 38 tahun.