Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas 27 tan buah kurma pelbagai jenama bernilai RM448,000 di sini hari ini kerana menggunakan logo halal tanpa kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Rampasan dibuat di sebuah gudang syarikat mengimport dan mengedar kurma di Bandar Perda di sini dalam satu serbuan bermula jam 11 pagi hingga 5 petang, hasil maklumat awam dan risikan bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Pengarah KPDNHEP negeri Mohd Ridzuan Abdul Ghapar berkata, hasil pemeriksaan mendapati syarikat berkenaan sudah tiga tahun beroperasi tanpa menggunakan logo halal yang diperakui Jakim.
"Hasil pemeriksaan mendapati syarikat itu mengimport kurma dari pelbagai negara di seluruh dunia dan kami mendapati bungkusan kurma itu menggunakan logo halal tanpa kebenaran Jakim malah logo juga tidak sama dengan yang asli.
"Serbuan itu adalah kejayaan terbesar pihak KPDNHEP dan JHEAIPP pada tahun ini kerana penggunaan logo halal tanpa kebenaran memang memberi kesan kepada orang Islam," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu, di sini.
Selain itu, pihaknya juga mendapati kotak kurma yang dijual dan diedarkan oleh syarikat berkenaan mempamerkan logo halal yang menyerupai logo daripada pihak Jakim sedangkan tiada sebarang permohonan dibuat.
"Perakuan halal ini merupakan satu jaminan bagi umat Islam. Jadi, kita tidak mahu pihak peniaga sewenang-wenangnya menggunakan perakuan halal tanpa kebenaran daripada pihak jabatan agama Islam," kata Mohd Ridzuan.
Katanya, pemilik syarikat memberikan alasan tidak munasabah dan mendakwa tidak mengetahui bahawa pihaknya perlu mendapatkan perakuan halal daripada Jakim.
Berikutan itu, syarikat berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.
Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM250,000. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM500,000.
Mohd Ridzuan berkata susulan serbuan, pihaknya telah merekodkan keterangan pemilik syarikat berkenaan bagi membantu siasatan lanjut kes yang masih sedang dijalankan.
Ditanya sama ada akan berlaku masalah kekurangan bekalan kurma berikutan serbuan itu, beliau berkata beberapa syarikat lain dijangka mampu menampung permintaan kurma sepanjang bulan puasa nanti.
Astro Awani
Tue Apr 23 2019
Mohd Ridzuan (kiri) menunjukkan logo halal palsu Jakim pada kotak buah kurma semasa serbuan di sebuah kilang yang membekalkan kurma di Bandar Perda hari ini. --fotoBERNAMA
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Pencemaran udara dapat ditangani dengan penglibatan Datuk Bandar, pemimpin masyarakat - WHO
Datuk Bandar bukan hanya berperanan memantau sesebuah wilayah, tetapi juga harus membudayakan setiap polisi yang diperkenalkan khususnya mengenai pencemaran udara.
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Ibu tunggal rugi hampir setengah juta akibat African Scam
Lelaki yang dikenali sebagai Li Wei itu dikatakan telah mempelawa mangsa melabur dalam satu projek minyak dan gas di Itali.
27 tan kurma tiada perakuan halal Jakim dirampas KPDNHEP
Rampasan dibuat di sebuah gudang mengimport dan mengedar kurma di Bandar Perda di sini dalam satu serbuan bermula jam 11 pagi, hasil maklumat awam dan risikan bersama JHEAIPP.