Sekurang-kurangnya 21 remaja lelaki di Afrika Selatan maut akibat kesilapan terpotong kepala zakar ketika proses berkhatan sejak November tahun ini.

Menurut pihak berkuasa negara itu pada Isnin, jumlah itu merangkumi 17 kes di Wilayah Cape Timur dan masing-masing dua kematian di wilayah Barat Laut dan Cape Barat, lapor Sinar Harian.

Insiden malang ini dipercayai berpunca daripada kekurangan sokongan dan kemudahan untuk menjalankan prosedur tersebut.

Berkhatan dianggap sebagai amalan suci dalam budaya Afrika, menandakan peralihan lelaki dari zaman kanak-kanak hingga dewasa.

Setiap tahun, puluhan kanak-kanak lelaki maut dan ramai yang terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, Afrika Selatan mencatatkan lebih 1,000 kes terpotong kepala zakar ketika proses berkhatan.