Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat tindakan Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan dokumen yang termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Tegasnya, apa yang dilakukan WSJ adalah suatu tindakan yang sangat serius.

"Gabenor Bank Negara telah membuat laporan polis. Jadi, pihak polis akan menyiasat kes berkenaan. Perkara ini sangat serius kerana menerbitkan dokumen di bawah OSA, ia tindakan yang sangat serius," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn PWTC di sini hari ini.


BACA: Ada yang salah faham dengan usul RUU Persendirian dibentang Hadi

BACA: Kemenangan BN di Sarawak beri kekuatan parti untuk dua PRK- Najib

BACA: Mesyuarat MT UMNO tidak bincang kedudukan Muhyiddin

Justeru katanya, WSJ diharap akan memberikan jawapan berhubung tindakan berkenaan.

Gabenor Bank Negara sebelum itu telah membuat laporan polis terhadap WSJ yang didakwa diklasifikasikan di bawah OSA.

Dalam artikel yang disiarkan pada Khamis, WSJ mendakwa siasatan berhubung 1MDB telah dikompromi oleh tekanan politik.