Selepas Malaysia berjaya meraih sokongan 172 negara untuk melaksanakan gencatan senjata tatkala wabak COVID-19 melanda dunia, kini tiba masanya untuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) merealisasikan inisiatif tersebut.
Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin berkata PBB perlu menghantar mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa akan pentingnya solidariti dan simpati bersama bagi mereka yang terjejas teruk oleh perperangan ketika dunia dilanda wabak COVID-19.
Tegasnya, walaupun inisiatif pernyataan sokongan itu tidak mengikat mana-mana negara dari segi undang-undang, namun ia menggambarkan komitmen negara menyokong dalam memastikan pandemik itu ditangani dengan tanpa halangan.
“Kita berharap, dengan sokongan jitu 172 negara anggota, negara pemerhati bukan anggota dan pemerhati ia akan memberi satu nafas baru kepada UNSC, Setiausaha Agung PBB, pihak-pihak yang betelingkah, badan bukan kerajaan dan pengamal keamanan dalam merealiasasikan gencatan senjata secara global dan memerangi ancaman COVID-19.
“Di PBB, isu keamanan dan keselamatan adalah tanggungjawab utama UNSC yang dianggotai oleh 15 buah negara. Setakat ini masih belum ada lagi sebarang resolusi berkaitan rayuan gencatan senjata ini kerana ia masih dalam peringkat perbincangan berikutan terdapat perbezaan pandangan di kalangan beberapa negara anggota UNSC.
“Adalah menjadi harapan kita dengan sokongan 172 negara yang kita perolehi ini, ia akan dapat mendorong UNSC untuk menghasilkan satu resolusi mengenai isu ini secepat mungkin. Resolusi Keselamatan PBB adalah mengikat dari segi undang-undang,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
Gesaan tersebut dibuat Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sebelum ini yang mana Malaysia menjadi negara pemula bersama kerjasama rakan kongsi merentasi rantau seperti Bangladesh, Ecuador, Mesir, Jamaica, Jepun, Oman, Senegal dan Sweden dalam menggerakkan inisiatif tersebut.
Mengakui isu tersebut adalah sensitif dan kompleks, Syed Mohd Hasrin berkata Malaysia dan kerjasama rakan kongsi akan terus berusaha memastikan ia dapat direalisasikan.
“Memang satu benda yang susah apabila ada perbezaan pendapat terutama di kalangan anggota tetap (UNSC), tetapi pada saya tidak bermakna mereka tidak boleh merapatkan jurang perbezaan mereka dan mencari jalan untuk dapat menghasilkan satu resolusi mengenai gesaan gencatan senjata ini.
“Secara individu, mereka menyokong gesaan gencatan senjata Setiausaha Agung PBB ini, tetapi mereka tidak dapat bersama dengan kita dan 172 anggota lagi.
“Kalau kita lihat dari segi keanggota UNSC, daripada 15 anggota, 13 anggota bersama dengan kita. Malah, tiga anggota tetap UNSC bersama dengan kita dalam inisiatidf ini.
“Jadi saya harap dengan inisiaitif dari Malaysia ini, mereka dapat merapatkan lagi jurang perbezaan di antara mereka supaya UNSC dapat menghasilkan resolusi berkenaan tersebut. Kita harus optimis,” jelasnya.
Melihat kehadapan, beliau akui menjadi harapan Malaysia dan 171 lagi negara yang menyokong supaya inisiatif ini tidak akan terhenti, bahkan akan meniup dan mendorong ke arah penyelesaian konflik secara aman dan berkekalan.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jun 26 2020
Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin berkata PBB perlu menghantar mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa akan pentingnya solidariti dan simpati bersama bagi mereka yang terjejas teruk oleh perperangan. - Foto PBB
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Rakyat di seluruh Colombia bergelut dengan catuan air apabila takungan di negara itu kering.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Ruang udara Sulawesi merbahaya, buat penerbangan dan manusia
Penutupan lapangan terbang dan ruang udara bagi penerbangan komersial di Sulawesi dan kawasan terjejas adalah berpandukan kepada arahan pihak berkuasa Indonesia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
172 negara sokong inisiatif Malaysia, optimis Majlis Keselamatan PBB realisasi gencatan senjata
Inisiatif Kenyataan Bersama mengenai gencatan senjata diketuai Malaysia berjaya mendapat sokongan 172 buah negara dan pemerhati PBB. Namun, ia tidak mudah dan misi ini tidak hanya berhenti di sini.
Syed Mohd Hasrin dilantik Wakil Tetap Malaysia ke PBB
Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia yang baharu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat (AS).